bisnes@hmetro.com.my
Katanya, produk ini mengandungi 100 peratus ekstrak akar tongkat ali yang larut dalam air sepenuhnya dan tidak mengandungi habuk kisaran daripada batang mahupun akarnya. “Dengan penghasilan produk menerusi kaedah ekstrak yang larut dalam air dan dingin kering ini ia mempunyai kelebihannya tersendiri bagi memastikan ketulenan herba dapat dikekalkan serta kualiti sari patinya serta yang dapat menghasilkan herba ini sehalus molekul air.
“Semua proses ini dihasilkan menerusi mesin tercanggih dengan teknologi Eropah yang sudah dipatenkan,” katanya.
Zulkarnain mendakwa syarikatnya antara pengeluar pertama di negara ini menghasilkan produk berasaskan ekstrak tongkat ali larut air dan dingin kering.
“Menerusi kajian saintifik ke atas kesan tongkat ali larut dalam ia dapat meningkatkan tahap testoteron, daya seksual, tenaga dan memperlahankan proses penuaan. “Ia adalah satu daripada alternatif sebagai makanan tambahan berbanding pengambilan ubat kuat yang berasaskan bahan kimia yang popular di pasaran,” katanya menambah produk itu turut mendapat pengesahan halal.
“Pengguna tidak perlu bimbang dengan kandungan kerana ia adalah berasaskan bahan asli,” katanya.
Malah, katanya ia mampu mengekalkan kesihatan badan bagi menguatkan diri untuk melakukan aktiviti harian di samping dapat beribadah dengan mudah.
“Pengambilan makanan tambahan ini sesuai untuk semua golongan lelaki dewasa tidak kira peringkat usia dan amalan tambahannya adalah meminum air dengan banyak,” katanya “Produk ini dihasilkan dengan menggunakan kapsul berasaskan tumbuhan bagi menjamin ia halal,” katanya.
Beliau berkata, produk mereka boleh didapati di semua farmasi utama dan terkenal di seluruh negara.