Saturday 26 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 2)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh
 
Kajian awal yang mengunakan akstrak larutan alcohol dan chloroform didapati amat toxic tapi mujarab untuk menangani masalah kesihatan saperti deman kura dan jangkitan kuman dan virus.Kesan toxic kepada hati dan buah pinggang membuatkan akstrak tersebut tidak sesuai untuk kegunaan manusia.Akstrak larutan air pula didapati selamat apabila prosesnya diubahsuai untuk mengeluarkan bahan toxic.

Kajian awal kepada tikus menunjukkan yang ekstrak larutan air Tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormone Testosterone 4 kali ganda.Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak Tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan gresif. Ekstrak ini tiada kesan toksid kepada hati dan buah pinggang dan kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 dibeberapa buah Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa dan hasil dari kajian tersebut akstrak Tongkat ali larutan air yang telah menjalani pelbagai proses piawayan kini telah mendapat iktraf patent pada 2004(US patent:US2004/0087493 A1) dan kini produk IP ini dikilangkan oleh Phytes Bioteks Sdn.Bhd oleh Syarikat Biotropics Malaysia dengan jenama NU-PREP,NU-PREP 75 dan NU-PREP 100


Menyusuli kajian Biomedikal dan Medikal yang pernah dilakukan kepada ekstrak tersebut, hanya ekstrak ini sahaja yang telah menjalani pelbagai ujian dan penyelidikan yang komprehensif yang membuatkannya ekstrak Tongkat ali yang premium.Beberapa kajian yang ‘landmark’ yang pernah dijalankan kepada ekstrak ini ialah seperti berikut:

Kajian awal mengunakan tisu buah zakar manusia yang dikultur dengan ekstrak tersebut mendapati peningkatan testosterone dan androsteinedione( androgen saperti testosterone) ketahap tiga kali ganda normal.Tiada peningkatan tahap dihidrotestosterone( ada kaitan dengan kejadian kanser kelenjar prostat). Penemuan ini seolah olah membuka jalan untuk kajian klinikal kepada manusia dilakukan tanpa was was.

Kajian klinikal yang seterusnya dijalankan disebuah Pusat Latihan Sukan di Kansas, USA dengan 10 orang penunggang bisikal mendapati yang tahap hormone testosterone meningkat dengan pengambilan 200 mg ekstrak tersebut.

Kajian yang dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit tersebut dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

bersambung...................................................................

Friday 25 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 1)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh








Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack ialah herba yang biasa didapati dihutan belentara, Nausantara berdekatan lereng pergunungan.Namanya yang dikaitkan dengan lelaki tampan yang berdarah pahlawan sememangnya memberi erti mukjizatnya yang terselindung,iaitu membantu kesihatan, kesejahteraan dan semangat kelelakian saperti tongkat yang membantu mengangkat mereka yang lemah.

Pohon ini dikenali sebagai penawar pahit kerana ianya amat pahit dan mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.Ia juga dikenali sebagai pasak bumi kerana akarumbinya yang  berjelar lurus kedalam bumi dan kukuh dan amat sukar untuk dicabut.Terdapat beberapa spesis Tongkat Ali, tapi spesis yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesis  Longifolia dan Apiculata.Mengikut Professor Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesis Tongkat ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutamasekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesis yang terdapat diIndonesia atau Negara Asia yang lain.Ini mengikut beliau ada kaitan dengan khasioat yang terdapat dalam bumi Semenanjung Malaysia.Khasiat perubatan Tongkat ali terkandung dengan banyak dalam akarumbinya.Ia mengandungi pelbagai alkaloid yang mujarab sebagai penawar untuk demam kura(Malaria), penawar penyakit alahan (allergy), mencegah demam,mengandungi elemen nyah kanser, mengandungi (SOD)Superoxide dismutase yang berfungsi sebagai antioxidant, anti rheumatik(mengurangkan kesakitan otot dan sendi akibat rheumatik),fungsi aphrodisiac atau ubat perangsang shaywat dan  ubat melewatkan proses penuaan.Oleh kerana ianya pahit,kadangkala ia digunakan sebagai bahan perisa untuk kopi dan minuman pahit.Jadi kandungannya dalam kopi atau teh ialah semata mata untuk perisa dan tiada apa apa khasiat yang lain kerana jika kandungannya lebih memang tidak dapat meminumnya kerana ia teramat pahit!

Pada zaman melayu purba, kikisan akar Tongkat Ali biasa digunakan sebagai campuran dalam teh atau kopi dan minuman ini biasa diamalkan oleh orang Nausantara dan Melayu untuk tenaga, keselesaan dan kesegaran.Pendatang dari Negara barat saperti orang Inggeris dan Portugese mula memberi perhatian tentang herba itu apabila mereka mula mengkaji perubatan tradisional melayu.Koleksi maklumat yang mereka cuba membukukan banyak mengupas pelbagai herba yang penuh mukjizat yang mana Tongkat ali mendapat perhatian.Ini membuatkan herba Tongkat ali terkenal sebagai herba yang dapat membantu memantapkan kesejahteraan kaum lelaki.



bersambung...............................................................................................

Saturday 19 March 2011

Articles on the Science & Technology behind Tongkat Ali

  1. “Efficacy of the ‘Malaysian Ginseng’, US Patented, Standardised Water Soluble Extract of Eurycoma longifolia jack in Managing Idiopathic Male Infertility”, 9th International Congress of Andrology, March 7-10, 2009, Barcelona, Spain. read more..
  2. “Nutrients and Botanicals for optimizing Men's Health. Examining the evidence for Eurycoma longifolia jack, the Malaysian Ginseng in men's health”, Asian Journal of Andrology, Vol. 11, No. 5 (Supplement), October 2009. read more..
  3. “Standardized Water-soluble Extract Of Eurycoma Longifolia (LJ100) Maintains Healthy Aging In Man”, The Aging Male, the Official Journal of the International Society for the Study of the Aging Male, Vol.9, No.1, March 2006. read more..
      4.    Our Patent Specification in United States and European. click here to view...

Perihal Produk NUPREP


WATER SOLUBLE EXTRACT
nu-Prep® contains 100% pure - soluble extract of Tongkat Ali.
nu-Prep® contains No sawdust grounded roots or other parts of the plant.
nu-Prep®Tongkat Ali freeze-dried extracts are powdered and encapsulated to ensure the biologically active components' therapeutic values are maintained.
The strict quality control in all stages of production including during raw material procurement guarantees that the nu-Prep® Tongkat Ali extract preparation is a product of highest quality. Each capsule contains standardized quantity of active components, which have been formulated based on intensive dose-response studies. Scientific findings show that water-soluble extract of Tongkat Ali is very safe for consumption unlike those produced using non-aqueous solvents and powdered preparations. When consumed as directed, nu-Prep® Tongkat Ali water-soluble extract enhances vigor and vitality and helps overcome lethargy. It contributes to an overall sense of well-being by enabling the body to enhance its endogenous testosterone production, increasing blood circulation, rate of metabolism and hence invigorating endurance. Increase in stamina and physical endurance after continuous consumption of nu-Prep® Tongkat Ali is one of the MANY and Notable demonstrated efficacies. It is a non-stimulant. nu-Prep® is highly recommended for adult men.

Friday 18 March 2011

Sijil Kelulusan Dari Pihak KKM







                   Sijil KKM yang dikeluarkan untuk produk NUPREP100








                      Sijil KKM yang dikeluarkan untuk produk    NUPREP75

Jadilah Pengguna yang Bijak - Perkara Yang ANDA Perlu Tahu


1.   JAKIM ( HALAL )
03 – 8315 0200 / www_halal@islam.gov.my

Contoh kelulusan :
MS 1500 : 2004  1067-08/2004

2.   KELULUSAN MAL ( Kem.Kesihatan Malaysia / KKM ) Biro Pengawasan Farmaseutical Kebangsaan
www.bpfk@gov.my
               Contoh kelulusan : MAL08031394T


3.   FOMCA. Pusat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC )
03 - 7877 9000 / www.nccc.org.my

“Dari FOMCA, dinasihat mengambil produk yang telah melalui ujian dilakukan oleh PAKAR.”
Contoh :
Kebenaran kebaikan pada pengguna dengan dos-dos seperti mana terbukti melalui ujian. ( berkriteria WHO ujian keracunan pada haiwan, ujian awal pada manusia & hasil ujian klinikal ) yang pasti ia adalah suatu produk yang SELAMAT. ( tiada ciri-ciri penipuan / perkara tidak jelas ). KINI kebanyakan produk dipasaran ‘menipu’ dengan proses yang tidak terjamin selamat, dos yang TIDAK PASTI & tiada kajian langsung yang menyokong kebenaran produk tersebut.

4.   HASIL KAJIAN yang dilakukan tercatat pada ‘Journal’ antarabangsa. ( khasiat / manfaat / kebaikan produk kepada pengguna dapat memberi tenaga pada badan kita dan sebagainya )

Contoh :
Seperti Journal - Asean Journal of Andrology ( Volume 11, Supplement 1, October 2009 ) dan atau America Society of Andrology  

Sila nilai ia dari kedudukan kemajuan sains & ummah. ( selain kesihatan memudahkan / ibadah )


5.   TIADA BAHAN TERLARANG. Status sijil analisa  DOPING CONTROL CENTRE ( DCC )
“ WORLD ANTI-DOPING AGENCY’S ” ( WADA )
04 – 6595 605 / dcc@usm.com

Contoh :
Selain sijil bahan yang dihasilkan tidak mempunyai bahan logam atau asenik atau dan sebagainya. Arus teknologi kini telah berjaya menghasilkan peratus ( %) setiap bioaktif / kandungannya.
( kandungan produk yang tidak langsung memberi kebaikan sebaliknya KEBURUKAN )

Sijil-sijil ini penting, mewakili produk tersebut maka ia memberi suatu gambaran produk tersebut adalah selamat ( tidak akan ada “WAS-WAS” atau tidak yakin & tidak mempunyai sebarang kandungan “DADAH” )

PERBEZAAN PENTING, terasa bertenaga peningkatan peratus hormone membantu dan terbukti apabila di uji adakah ia terkandung bahan terlarang – JAWAPANNYA TIADA. Jika ahli sukan itu didapati kandungan pada air kencing adalah bahan terlarang – maka gelaran akan ditarik & tindakan disiplin atau di gantung ( mengikut akta yang di tetapkan )

COAs biasa & kelebihan sijil yang tidak dipunyai oleh kebanyakan kilang atau pengeluar bahan – melalui proses masing-masing dan lebih TEPAT LAGI IA  TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pada  setiap pengguna.

6.    SIRIM. 03 – 55446000
Proses di patenkan contoh US Patent : US 7,132, 117 B2 & Europe Patent : EP 1,313, 491 B1

Contoh :
Sebarang kebenaran paten boleh di periksa secara langsung. ( sertakan rujukan paten tersebut )

Hak cipta / harta intelek. (melibatkan kos yang tinggi, masa yang lama & pengorbanan para cendiakawan / penyelidik , doktor / institusi berkaitan dari negara kita )

7.    Persatuan Pengguna Islam Malaysia. ( PPIM )

Tindakan bersepadu antara Kementerian Kesihatan, Jabatan kimia, pihak berkuasa tempatan ( PBT ) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Pengguna perlu ditingkatkan bgi memerangi penjualan produk TIRUAN YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

8.    Laporan polis ( atau berniat untuk tindakan seterusnya atau dan – tindakan undang-undang untuk menyaman pihak berkenaan ) DAN LAPORKAN KEPADA BIRO BANTUAN PEGUAM.

9.   Pastikan Kuasa Pengguna ANDA,
SILA DAIL 81008666800

Yang pasti – Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna ( TTP)



Thursday 17 March 2011

Ubat HERBA kaki lima merbahaya

P/S : Pastikan produk yang anda guna atau pakai mendapat kelulusan daripada KKM..........

KOSMO! – Sabtu 12 Mac 2011

ALOR SETAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh degan ubat-ubatan herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi disebabkan amalan pemakanan termasuklah penggunaan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebenarnya dalam ubat herba dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tetapi tanpa kita sedari ubat itu penyebab sakit buah pinggang. “Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba – herba yang dijual kerana akan mendatangkan penyakit, ada ubat – ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat negeri Kedah di sini semalam. Selain itu, katanya cara hidup masyarakat juga mendorong pada sakit buah pinggang. “Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis dan secara tidak lansung turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung,” kata Marzukhi 

Beliau berkata terdapat di antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun akibat masalah buah pinggng. “Kita jangkakan 10 peratus daripada penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup,” katanya. – Bernama 

Sunday 13 March 2011

Seminar Kesihatan - Untuk kesihatan dan tenaga berkekalan

Satu Seminar Kesihatan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang akan di adakan Dewan Hang Li Poh, D'Village Resort Melaka Air Keroh pada esok 15 Mac 2011 jam 11 pagi hingga 1 tengahari. Penceramah pada seminar tersebut adalah Dr. Ismail Tambi Pakar Sakit Tuan yang terkenal. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0193863474. Sekian harap maklum.

Friday 11 March 2011

FRIM Perhebat Industri HERBA


Oleh : Laupa Junus
Utusan Malaysia (Sisipan Mega) – Isnin 7 Mac 2011

“Kami di FRIM mahukan supaya sains diterjemahkan kepada (bahan) yang boleh dikomersialkan.” Demikian ucapan ringkas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod  apabila ditanya mengenai keazamannya untuk meneruskan legasi kejayaan institusi tersebut.

Beliau berkata, catatan sejarah kejayaan FRIM dalam kejayaan herba atau hasilan semula jadi bermula sejak 1890-an lagi berdasarkan kepada kerja-kerja awal pentadbir Brirtish. Bagaimanapun, disebabkan banyak data diperolehi berdasarkan pandangan daripada kampung tidak tepat mendorong pihaknya membuat pencirian terbaru.

Ringkasnya, FRIM adalah perintis kepada usaha memanfaatkan herba sesuai dengan peranannya memanfaatkan semula jadi dalam hutan. Selepas 1994, usaha tersebut semakin diperhebatkan dan hasilnya FRIM berjaya mengenal pasti hampir 2000 spesis hutan yang berjaya dicirikan morfologinya

Daripada itu, kerja-kerja penyelidikan ke atas 200 ekstrak telah dilaksanakan manakala Pusat Teknologi Herba (HTC) memperoleh status GMP pada 2007. Beliau berkongsi kejayaan FRIM apabila mengadakan kerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Amerika Syarikat untuk menghasilkan Kapsul Tongkat Ali pada awal 1990-an

Malah, Tongkat Ali yang dianggap mempelopori kejayaan industri herba tempatan amat popular selain disifatkan lebih hebat berbanding viagra dan ginseng ketika itu. Dengan catatan sejarah gemilang itu, FRIM kata beliau, mengambil beberapa pendekatan dalam usaha menjadikan industri herba lebih diberi nilai tambah.

Sebagai contoh, antara pendekatanya ialah memperkenalkan usaha penanaman secara besar-besaran daripada hutan ke ladang dalam bentuk tanaman atas tanah atau kultur tisu. Int termasuk herba berdaun seperti Kacip Fatimah dan Misai Kucing. “Bagi yang berasaskan akar seperti Tongkat Ali, penggunaan bioreactor diperlukan untuk menggandakan sebatian aktif dari sumber berkenaan”ujarnya.

Pada masa yang sama, FRIM mahu orag ramai memperoleh manafaat daripada hasil penemuan saintis institusi tersebut. Ini secara tidak lansung menyemarakkan industri kampung apabila petani dapat menanam tanaman herba dan menghasilkan produk. Beliau menambah, makmal FRIM juga menempa sejarah baru apabila diberi status BioNexus oleh Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) pada tahun lepas. Ini memberi kejayaan terbaru kepada agensi berkenaan kerana mendapat pengiktirafan sebagai sumber rujukan. Namun bagi Abd. Latif, apa yang beliau mahukan ialah tagline FRIM berubah kepada menghasilkan produk berkualiti dan dapat dipasarkan ke luar negara. 

Mengenai usaha ini, beliau berkongsi kejayaan produk Nu-Prep itu dihasilkan oleh syarikat Phytes Biotech Sdn. Bhd. iaitu syarikat terbitan (spin-off) daripada program Malaysia – Massachusetts Institute of Technology Biotechnology Partnership programme (MMBPP) yang diasaskan oleh bekas Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM. Allahyarham Dr. Azizol Abdul Kadir.

Produk Tongkat Ali itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Kini syarikat tersebut telah diambilalih oleh Biotropics Malaysia Sdn. Bhd. Dengan simpanan 200 ekstrak, 30 daripadanya boleh diketengahkan, maka sudah tentu pengusaha boleh memanfaatkannya. Daripada 200 ini, kita mahu menghasilkan lebih banyak produk, kata beliau.

Pada masa sama, FRIM kata beliau akan bekerjasama dengan sebuah kolej perbuatan di Melaka untuk menggunakan ekstrak piawai tersebut sebagai bahan ujian klinikal pesakit. 


Peluang Menjadi Rakan Edar

Hanya dengan bermodalkan RM400 anda layak memiliki produk Nuprep yang tulen dan berkualiti. Anda juga layak menjadi sebahagian rakan edar Nuprep yang sah dengan produk yang tulen . Hubungi kami sekarang  di 019-3863474(Razaman) @ 013-6187945(Razak). Dengan RM400 anda memiliki produk 10 kotak  Nuprep75 blister yang harga pasaran 22.90 dan 2 botol Nuprep100 yang harga pasaran RM160. Tak caya boleh check kat farmasi guardian berapa harga Nuprep100 yang dijual? Blister memang tiada dalam kat farmasi.

Friday 4 March 2011

Tongkat Ali

(Radix Eurycoma Longifolia) juga dikenali sebagai 'Long Jack'.
Tempat asal tumbuhan ini ialah di hutan belantara tropika Borneo. Manfaat rawatan tumbuhan Tongkat Ali kebanyakan didapati dari bahagian akarnya. Rasanya pahit, namun bahan nutriennya adalah yang terunggul sekali untuk menormalkan tekanan darah, mengatasi masalah artritis, ceret darah (disenteri), penyakit kuning, mengelakkan demam, kegatalan kulit, bawasir (hemoroid) luaran, sakit kepala dan menguatkan daya seks.

Tongkat Ali juga amat berguna untuk menyihatkan buah pinggang di mana ia dapat menjernihkan bahan toksin di dalamnya serta menggiatkan fungsinya. Pada masa yang sama, herba ini juga sanggup memperkuatkan tenaga batin si lelaki. Pengambilan jangkamasa panjang Tongkat Ali dijangka berkesan untuk mengatasi masalah tekanan darah tinggi (hipertension), kencing manis dan mengurangkan asid urik. Itulah sebabnya herba ini amat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Sejak dahulu lagi, penduduk-penduduk asli di rantau Asia Tenggara telah menikmati herba Tongkat Ali ini kerana nilai perubatannya yang cukup tinggi sekali. Memang sukar untuk menerangkan bagaimana ramuan yang mengandungi Eurycoma Longifolia bertindak, tapi mereka yang pernah mencubanya mengakui keberkesanannya yang memang menakjubkan. Di Malaysia, herba ini lebih popular dikenali sebagai Tongkat Ali yang membawa maksud Tongkat Si Ali atau Zakar Si Ali.

Populariti Tongkat Ali di kalangan rakyat tempatan amat berkait dengan ciri-ciri
afrodisiaknya (penggiat daya seksual). Akar-akar ia digunakan sebagai bahan utama penyediaan jamu dan tonik dalam perubatan tradisional Melayu. Kadangkala ia juga dirujuk sebagai 'Ginseng Malaysia'. Ekstrak air Tongkat Ali dipercayai dapat menambah daya seksual lelaki.
 

Tumbuhan ini secara tradisionalnya adalah tonik am, atau tonik yang diminum selepas bersalin, sebagai pemberangsang daya seksual, penawar (antidot),mengelakkan tekanan darah tinggi, mengelakkan panas badan (anti-piretik),batuk kering, bisa, cacing usus dan melegakan rasa panas. Ia juga amat berkesan untuk mengurangkan rasa sakit di tulang, gatal-gatal,mengelakkan penyakit kuning, kembung air (dropsi), kakeksia, demam, ceret-beret,senak, lumbago dan disenteri. Akar Tongkat Ali terkenal di kalangan berbagai
kumpulan etnik untuk mengelakkan berbagai jenis penyakit dan menyihatkan
badan.

Farmakologi

Tumbuhan ini dilaporkan mempunyai keberkesanan mengelakkan histamin,malaria, tumor, ulser (pasakbumin A dan B), virus dan sitotoksik. Kajian biologikal menunjukkan butanol, kloroform, metanol dan ekstrak air akar Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri anti-malaria dan ciri-ciri afrodisiak (bahan penggiat daya seksual). Akar herba ini juga mempunyai aktiviti sitotoksik. Ekstrak etanol dari daunnya mengandungi unsur-unsur poten rencatan
tumbesaran tumbuhan. Kloroform dan ekstrak air akarnya mempunyai akarnya mempunyai aktiviti anti-piretik.
Ke Arah Penghasilan Secara Komersil


Sejak dahulu lagi, ramuan dari tumbuhan ini mempunyai pasaran tempatan yang luas sekali. Hari ini, sudah terdapat kira-kira 200 jenis produk Tongkat Ali yang diketahui. Kebanyakan pengguna masih cenderung kepada keberkesanannya yang boleh menggiatkan daya seksual. Tongkat Ali juga digunakan untuk mengatasi masalah artritis, reumatisme, kembung perut dan juga sebagai tonik herba. Produksi secara komersil herba ini masih dalam peringkat awal dan kebanyakan bahan mentahnya yang digunakan dalam penyediaan herbal adalah dikumpul dari hutan liar.
Kajian Saintifik


Seawal tahun 1968, kajian saintifik dijalankan atas Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Pada masa itu, para saintis sedang mencari bahan kimia semulajadinya dan mengenal pasti komponen fitokimia yang boleh diekstrak menjadi sebatian organic seperti metanol, diklorometana atau klorofom : stigmasterol, quassinoid, dihidroksieurycomanone, dan sebagainya.

Ekstrak larut airnya terdiri secara asas dengan komponen finolik, tannin, polisakarida berat molekular tinggi, glikoprotin dan mukopolisakarida. Ia dipercayai bahawa komponen ekstrak larut air adalah aktif secara biologi dalam pemerhatian. Kini, komponen-komponen ini dikelaskan dan kajian intensif dalam sifat-sifat komponen sedang giat dikaji oleh para saintis Malaysia, Jepun dan Amerika.

Tingkatkan Tenaga Anda Sebanyak 60%

Kesan-kesan Tongkat Ali dalam meningkatkan tenaga dan kekuatan badan berbeza berbanding peningkat syahwat jenis lain. Digunakan secara tradisional oleh Orang Asli dan Malaysian sebagai tonik untuk meningkatkan daya tahan badan, stamina dan kekuatan. Tonik ini amat bernilai di kalangan negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam dan Indonesia atas nilai perubatannya.

* Kajian-kajian saintifik terkini telah membuktikan kepercayaan ini.
* Tenaga dalam badan kita disimpan dalam bentuk ATP (adenosin trifosfat),

molekul-molekul bertenaga tinggi yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang memerlukan tenaga. Kajian-kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali berupaya meningkatkan penghasilan ATP sebanyak 60% melalui pengoksidaan phosphorylation. Untuk tujuan ini, Tongkat Ali boleh diambil untuk meningkatkan paras tenaga, mengatasi tekanan dan kelesuan.

* Selain meningkatkan system tenaga, Tongkat Ali juga dilihat dapat meningkatkan kadar metobolik individu dan menggalakan pengaliran darah. Faktor-faktor ini adalah atas sifat termogenik Tongkat Ali. Seterusnya, ia menjadikan badan kita sihat, kuat dan bertenaga.

Hormon Lelaki : Testosteron
Testosteron adalah androgen semulajadi paling berpotensi di kalangan lelaki. Ia mungkin merupakan faktor utama yang mencetuskan kesan penggiatan daya seksual. Oleh kerana paras testosteron didapati akan bertambah dengan adanya di-bahan Eurycoma longifolia, maka dapat dirumuskan bahawa ekstrak Tongkat Ali mempunyai ciri-ciri afrodisiak (bahan penggiat daya seksual).

Fakta-fakta yang Perlu Lelaki Tahu Tentang Hormon Lelaki Mereka : Fungsi Testosteron

Testosteron merupakan pewakilan terpenting dalam hormone seks lelaki yang dikenali sebagai androgen yang dihasilkan oleh gonad. Perembesannya merangsang pembezaan organ pembiakan jantan di embrio iaitu testis dalam skrotum, perkembangan organ pembiakan dan zakat semasa akil baligh dan pematangan sperma. Ia juga bertanggung jawab dalam perkembangan sifat-sifat seks menengah seperti pertumbuhan misaim, janggut, pembesaran larinks (suara garau) dan peningkatan penghasilan kelenjar rembesan yang mana berkaitan dengan sifat kejantanan. Testosteron juga memainkan peranan dalam perkembangan dan pemuliharaan syahwat jantan (nafsu seks) dan perangai seksual.

Testosteron mempunyai peranan 'bukan seksual' : ia menyumbang kepada fungsi penting biosintesis protin dalam mempercepat pertumbuhan otot, meningkatkan formasi sel darah merah, mempercepat pertumbuhan semula dan masa pemulihan selepas kecederaan atau penyakit. Ia merangsang seluruh aktiviti metabolic terutamanya dalam metabolisma tenaga dan pembakaran lemak badan.
Paras Testosteron Menurun Mengikut Umur


Jika anda bertanya kepada golongan tua tentang daya tahan dan nafsu seks - jawapannya akan diperoleh adalah negative. Apakah puncanya ? Penuaan ? Jawapan tentulan 'Ya' ! Tetapi bagaimanakan penuaan bertanggung jawab terhadap sindrom ini ? Jawapan ternyata di sebalik tabir paras testosteron yang menurun apabila umur meningkat. Kajian menunjukkan bahawa semasa akil baligh, parasnya memuncak. Parasnya berada di paras tertinggi pada umur 25 dan seterusnya menurun berkadar dengan umur.Sesetengah kajian klinikal menyatakan bahawa secara umumnya, paras testosteron jatuh sebanyak 2 peratus setiap tahun selepas umur 30. Kadar penurunan ini merupakan faktor kehidupan seharian. Individu yang kerap bersenam mempunyai kadar penurunan yang lebih lambat. Ini
kerana bersenam sehingga tahap tertentu dapat memanjangkan rangsangan hormon rembesan. Penurunan yang lebih ketara dapat dilihat pada individu yang merupakan penghisap rokok dan kaki botol.

Risiko Paras Testosteron yang Rendah

Kajian perubatan telah menujukkan bahawa paras testosteron yang rendah mendorong kepada :

1 Serangan Sakit Jantung dan Penyumbatan Otot Kardiak
2 Angin Ahmar dan Penyakit Saluran Darah
3 Penurunan metabolisma lemak badan
4 Penggumpulan lemak dalam badan
5 Penyakit Alzheimer
6 Osteoporosis dan Patah Pinggul

Akan tetapi, anda boleh mencegah penurunan paras testosterone, Kembalikan tenaga dan kekuatan badan

Nilai Peningkat Syahwat Nafsu

Bukan sekadar peningkat syahwat !

Sejak 1994, pelbagai pihak telah menjalankan pelbagai eksperimen saintifik dalam mengkaji sifat peningkat syahwat Tongkat Ali. Institusi SainsFarmaseutikal, Universiti Sains Malaysia telah melaporkan bahawa ujian-ujian yang dijalankan dalam makmal menyatakan bahawa Tongkat Ali mempunyai kesan peningkat syahwat dalam eksperimen ke atas haiwan. Ia dapat meningkatkan bilangan kali dan jangka masa persetubuhan dalam pemerhatian haiwan kajian.

Lebih laporan-laporan kajian tetang sifat biologi ekstrak larut air yang dilaporkan dalam Prosiding Seminar Sebatian Kimia Semulajadi ke-13 FRIM 1997 ;
Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular Malaysia ke-22 1997 ;
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Tumbuhan Ubatan FRIM 1995 ;
Prosiding Persidangan Persatuan Biokimia dan Biologi Molekular ke-19 1994
dan sesetengah penerbitan lain.

Eksperimen yang dijalankan oleh sepasukan saintis di Universiti Malaya menunjukkan bahawa ekstrak larut air dari Tongkat Ali mempunyai kesan-kesan
berikut :

Ujian in-vitro dalam tisu testis homogenats manusia menunjukkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali meningkatkan formasi testosterone (hormone seks lelaki) sebanyak 4.4 kali ganda.

Kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan perubahan signifikan dalam nisbah peranakan lelaki : perempuan, contoh 3:1 dalam kumpulan dirawat berbanding nisbah 1 : 1 dalam kumpulan tidak dirawat.

Eksperimen yang dijalankan juga menunjukkan bahawa ekstrak larut air ini juga berupaya meningkatkan konsentrasi sperma, peratusan progresif sperma dan kadar mobiliti. Keputusan yang diperolehi mencadangkan bahawa ekstrak larut air Tongkat Ali boleh meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma dan seterusnya meningkatkan kadar kesuburan.

Ekstrak larut air Tongkat Ali mempunyai potensi untuk meningkatkan kesuburan dan juga meningkatkan saiz buangan.
Rujukan :
[ Buletin Farmaseutikal dan Biologikal 21 (2) 1998 153-155; Perolehan
Kajian Farmakal ( Seoul ), 20 (6). 1997 . 656-658 ; Jurnal Farmakognosi
Antarabangsa, 35 (2) .1997.144-46; Haiwan Kajian (Tokyo),
46(4). 1997.287-90 ]

Petikan daripada 'The New Straits Times' 28 JUNE 2004

Tongkat Ali and Pegaga Ke Persada Antarabangsa dengan
Penganugerahan Paten

Tongkat Ali, sejenis herba yang hampir dikenali oleh setiap dewasa di negara ini,
mungkin menjadi rawatan bagi ketidaksuburan lelaki dan masalah seks oleh orang Perancis, Mexico atau Finn dalam beberapa tahun akan datang. Kajian ke atas Tongkat Ali dan satu lagi herba biasa iaitu Pegaga telah memperoleh tiga paten antarabangsa untuk Malaysia, termasuk satu yang boleh memperlihatkan penyediaan farmaseutikal ekstrak-ekstrak herba ini di luar negara. Ketiga-ketiga ciptaan ini daripada pasukan Institut Teknologi Malaysia-Massachusetts (MIT)telah dipaten di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Malaysia.

Tongkat Ali mempunyai nilai yang tinggi di kalangan Malaysia seperti orang Cina menilai tinggi Ginseng. Tongkat Ali digunakan secara tradisional sebagai tonik untuk mengubati darah tinggi, tuberculosis, demam, cirit-birit, penyakit kuning dan disentari. Ia dipercayai secara meluas atas mempunyai sifat-sifat peningkat syahwat. Pegaga yang digunakan secara tradisional untuk merawat darah tinggi, demam, sakit gigi dan meningkatkan daya ingatan. Di Kelantan, ia digunakan untuk merawat malaria.
Paten yang diperoleh dalam program termasuk :
* Proses mengasingkan asid aseatik daripada pegaga (Paten Malaysia # : PI 20003987). Kajian peringkat permulaan menunjukkan bahawa asid tersebut berkesan dalam menghalang penggandaan sel terutamanya sel kanser.

* Bahagian bioaktif Eurycoma Longifolia (Paten Malaysia PI 20003988).
Percubaan menunjukkan bahawa bahagian bioaktif sesuai untuk rawatan ketidaksuburan lelaki dan masalah seksual.

* Penanda genetik untuk spesies Eurycoma (Paten Malaysia 20031565).
Ciptaan ini menyifatkan cara mengenal pasti tumbuhan Tongkat Ali yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Ia juga boleh digunakan untuk membezakan pelbagai Tongkat Ali yang terdapat di sesebuah negara.Ahli saintis akan juga mula mengkaji kesan anti-malaria dan peningkat syahwat buat fasa ini

* Mendapat Augerah Paten Eropah dan US
   US Patent : US 7,132,117 B2 
   Europe Patent : EP 1,313,491 B1
Kegunaannya Dalam Bidang Perubatan

Wednesday 2 March 2011

Hanya Ekstrak Akar Tongkat Ali Berkesan

Petaling Jaya 28 Mac 2010
Pengguna diminta hanya mengambil produk tongkat ali yang hanya mengandungi ekstrak akarnya kerana bahan aktif utama tumbuhan tersebut terkumpul pada bahagian tersebut
Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi memberitahu, penggunaan bahagian lain pokok tongkat ali oleh pihak pengeluar produk tertentu tidak memberi sebarang manafaat kepada tubuh.

Menurutnya, pengambilan ekstrak akar tongkat ali dengan piawaian tertentu juga menjadi keutamaan bagi pengguna yang ingin menikmati manafaatnya kerana kandungan bahan aktif mengikut standard khusus akan memberi kesan baik kepada tubuh manusia,” katanya.

“Sebahagian produk ada sedikit (ekstrak akar tongkat ali) sementara yang lain hanya menambah habuk daripada tumbuhan itu dan bukannya ekstrak bahan aktif yang memberi kesan kesihatan tubuh manusia. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk “Mengoptimum Kesihatan Lelaki Secara Semulajadi” anjuran Nu Prep iaitu produk keluaran Biotropics Malaysia Berhad di sini hari ini. Tambahnya, jenis tongkat ali yang digunakan juga penting memandangkan tongkat ali hitam (eurycoma apiculata) mengandungi banyak bahan toksik sementara tongkat ali putih (eurycoma longifolia) lebih mudah diproses untuk mendapatkan ekstrak bahan aktifnya.

 Menurutnya, selain kesihatan seksual tongkat ali terbukti mempunyai manafaat untuk alahan, darah tinggi, awert muda(antioksida), antimalaria, antibakteria, antivirus, demam, ulser, sakit otot, membantu pengawalan diabetes dan pelbagai manafaat yang lain. “Namun, ekstrak tongkat ali hanya satu produk makanan tambahan dan tidak boleh menggantikan pengambilan ubat dari doktor,” ujarnya. Jelasnya, kajian mengenai nilai dan manafaat tongkat ali juga berterusan dan semakin diterima dunia seperti di Jepun dan Amerika Syarikat. Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tahap kesihatan hati sebelum mengambil produk berasaskan tongkat ali bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap organ tersebut.