Monday 28 February 2011

100 peratus ekstrak akar

Oleh Norfaisal Jahuri
bisnes@hmetro.com.my
BIOTROPICS Malaysia Berhad (Biotropics), anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menghasilkan kapsul yang mengandungi ekstrak larut air dan dingin kering bagi memastikan pengguna mendapat khasiat sebenar tumbuhan herba tongkat ali.
Pakar Pemasaran Antarabangsanya, Zulkarnain Md Khamis berkata, produk yang dipasarkan syarikatnya adalah estrak larut Tongkat Ali Nu-Prep 75 yang mengandungi 60 kapsul dan 10 kapsul dalam ‘blister’ dan Nu-Prep 100 (60 kapsul).

Katanya, produk ini mengandungi 100 peratus ekstrak akar tongkat ali yang larut dalam air sepenuhnya dan tidak mengandungi habuk kisaran daripada batang mahupun akarnya. “Dengan penghasilan produk menerusi kaedah ekstrak yang larut dalam air dan dingin kering ini ia mempunyai kelebihannya tersendiri bagi memastikan ketulenan herba dapat dikekalkan serta kualiti sari patinya serta yang dapat menghasilkan herba ini sehalus molekul air.

“Semua proses ini dihasilkan menerusi mesin tercanggih dengan teknologi Eropah yang sudah dipatenkan,” katanya.

Zulkarnain mendakwa syarikatnya antara pengeluar pertama di negara ini menghasilkan produk berasaskan ekstrak tongkat ali larut air dan dingin kering.

“Menerusi kajian saintifik ke atas kesan tongkat ali larut dalam ia dapat meningkatkan tahap testoteron, daya seksual, tenaga dan memperlahankan proses penuaan. “Ia adalah satu daripada alternatif sebagai makanan tambahan berbanding pengambilan ubat kuat yang berasaskan bahan kimia yang popular di pasaran,” katanya menambah produk itu turut mendapat pengesahan halal.

“Pengguna tidak perlu bimbang dengan kandungan kerana ia adalah berasaskan bahan asli,” katanya.

Malah, katanya ia mampu mengekalkan kesihatan badan bagi menguatkan diri untuk melakukan aktiviti harian di samping dapat beribadah dengan mudah.

“Pengambilan makanan tambahan ini sesuai untuk semua golongan lelaki dewasa tidak kira peringkat usia dan amalan tambahannya adalah meminum air dengan banyak,” katanya “Produk ini dihasilkan dengan menggunakan kapsul berasaskan tumbuhan bagi menjamin ia halal,” katanya.

Beliau berkata, produk mereka boleh didapati di semua farmasi utama dan terkenal di seluruh negara.

Wednesday 23 February 2011

NU-PREP HERBA

Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri
dayana@hmetro.com.my

PRODUK berasaskan Tongkat Ali sering dikaitkan dengan produk yang mampu meningkatkan kekuatan kaum lelaki, namun ia sebenarnya berfungsi bukan sekadar untuk kekuatan, sebaliknya berupaya membantu pengguna mendapatkan badan lebih bertenaga.
Berikutan itu, Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) menghasilkan produk yang diperbuat daripada 100 peratus ekstrak Tongkat Ali dikenali sebagai Nu-Prep.

Pengarah Strategi dan Pengurusan Rantaian Saluran, Tengku Shahrir Tengku Adnan berkata, berbeza dengan produk berasaskan Tongkat Ali di pasaran, Nu-Prep dihasilkan dengan komponen aktif akar Tongkat Ali.


“Produk kami hasilkan bukan saja tulen, malah mampu memberikan pengguna kesan lebih pantas selepas penggunaan pertama,” katanya.


Menurutnya, pengguna tidak perlu bimbang mengenai kesan sampingan berikutan Nu-Prep dijamin selamat dan diuji secara klinikal.


“Malah, kami bangga menyatakan bahawa Nu-Prep adalah produk Tongkat Ali pertama yang dikaji secara klinikal dan pengguna tidak perlu bimbang mengenai keselamatan atau kesan sampingan kerana benar-benar selamat,” katanya.


Beliau berkata, Nu-Prep dihasilkan menggunakan kaedah dingin kering yang mempunyai kelebihan tersendiri bagi memastikan ketulenan herba dapat dikekalkan serta kualiti sari patinya yang dapat menghasilkan herba itu sehalus molekul air.


“Dengan cara ini ini, kandungan dihasilkan lebih konsisten dan mempunyai piawaian tersendiri seterusnya menjadikannya lebih berkesan kepada badan pengguna.


“Sekiranya produk seperti ini yang tidak mempunyai kandungan tetap, ada kemungkinan gagal memberi kesan kepada pengguna,” katanya.


Menurutnya, bagi tahun depan, pihaknya merancang menghasilkan lima produk baru berasaskan herba lain termasuk Tongkat Ali.


“Yang lebih utama bagi kami ialah menghasilkan lebih banyak produk berasaskan herba untuk kesihatan kerana pengguna kini semakin bijak dan menjadi tanggungjawab kami menghasilkan produk berkualiti,” katanya.

Seminar Kesihatan Oleh Dr. Ismail Tambi

Untuk Makluman Semua, Satu seminar kesihatan akan dijalankan di Matrade Jalan Duta Kuala Lumpur Pada hari Jumaat 25/2/2011. Penceramah seminar ini adalah Dr. Ismail Tambi pakar sakit tuan terkenal. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Razaman 019-3863474

RAKAN EDAR DIPERLUKAN


nu-prep Ekstrak Tongkat Ali Tulen dan larut air, adalah makanan kesihatan herba  yang berkualiti tinggi dalam pasaran. Mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui paten di USA dan Eropah.Ianya baru dan sedang diperkenalkan dalam pasaran tempatan dan berpotensi besar untuk berkembang.  
Di perbuat dan mengandungi 100% estrak Tongkat Ali tulen yang larut air sepenuhnya. Ianya baru diperkenalkan dalam pasaran tempatan dan berpotensi besar untuk berkembang. nu-prep ini tidak mengandungi habuk kisaran daripada batang mahu pun akar Tongkat Ali. Ianya dikering beku, dijadikan serbuk dan di datangkan dalam bentuk kapsul bagi menjamin pengekalan nilai komponen aktif.
Sebagai pengedar produk nu-prep yang sah, kami ingin membuka peluang kepada anda untuk menyertai rakan edar nu-prep yang lain.

Alat – alat sokongan pengiklanan seperti Poster, Replika, Flyers akan dibekalkan. Pengiklanan peringkat nasional akan dilakukan menerusi surat khabar secara berkala. Di samping itu seminar kesihatan secara percuma akan dianjurkan oleh pengeluar produk dari masa ke semasa yang disampaikan oleh Dr. Ismail Tambi Pakar Sakit Tuan yang Terkenal

Kami mengalu-alukan anda menjadi sebahagian daripada rakan edar kami di kawasan anda. Untuk pertanyaan sila hubungi :

( Pengedar Sah bagi Kuala Lumpur dan Selangor)  : 019-3863474 , 013-6187945 atau email nuprep75kl@gmail.com

 Bagi mendapatkan produk nu-prep dalam sila kunjungi rakan edar kami.
<><><>
Lokasi
Alamat
Tel No.
Kafeteria Balai Polis Jalan Traves
Jalan Travers Kuala Lumpur

Koperasi Matrade
Tingkat 4, West Wing Menara Matrade Jalan Usaha Off Jalan Duta 50480
019-3511432,  
03-62036274
Azie Comestic
Lot 12, Tingkat 1, Bangunan PKNS, Bandar Baru Bangi
012-3100599
Adik Craft & Souvenir Ent.
109, MATIC Jalan Ampang
019-6558492
D’ Hijau Salon
No11-1 Jalan 20B/146, Tmn Desa Tasek,Sg Besi Bdr Tasek Selatan
013-2984149, 0163603488