Saturday, 26 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 2)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh
 
Kajian awal yang mengunakan akstrak larutan alcohol dan chloroform didapati amat toxic tapi mujarab untuk menangani masalah kesihatan saperti deman kura dan jangkitan kuman dan virus.Kesan toxic kepada hati dan buah pinggang membuatkan akstrak tersebut tidak sesuai untuk kegunaan manusia.Akstrak larutan air pula didapati selamat apabila prosesnya diubahsuai untuk mengeluarkan bahan toxic.

Kajian awal kepada tikus menunjukkan yang ekstrak larutan air Tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormone Testosterone 4 kali ganda.Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak Tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan gresif. Ekstrak ini tiada kesan toksid kepada hati dan buah pinggang dan kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 dibeberapa buah Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa dan hasil dari kajian tersebut akstrak Tongkat ali larutan air yang telah menjalani pelbagai proses piawayan kini telah mendapat iktraf patent pada 2004(US patent:US2004/0087493 A1) dan kini produk IP ini dikilangkan oleh Phytes Bioteks Sdn.Bhd oleh Syarikat Biotropics Malaysia dengan jenama NU-PREP,NU-PREP 75 dan NU-PREP 100


Menyusuli kajian Biomedikal dan Medikal yang pernah dilakukan kepada ekstrak tersebut, hanya ekstrak ini sahaja yang telah menjalani pelbagai ujian dan penyelidikan yang komprehensif yang membuatkannya ekstrak Tongkat ali yang premium.Beberapa kajian yang ‘landmark’ yang pernah dijalankan kepada ekstrak ini ialah seperti berikut:

Kajian awal mengunakan tisu buah zakar manusia yang dikultur dengan ekstrak tersebut mendapati peningkatan testosterone dan androsteinedione( androgen saperti testosterone) ketahap tiga kali ganda normal.Tiada peningkatan tahap dihidrotestosterone( ada kaitan dengan kejadian kanser kelenjar prostat). Penemuan ini seolah olah membuka jalan untuk kajian klinikal kepada manusia dilakukan tanpa was was.

Kajian klinikal yang seterusnya dijalankan disebuah Pusat Latihan Sukan di Kansas, USA dengan 10 orang penunggang bisikal mendapati yang tahap hormone testosterone meningkat dengan pengambilan 200 mg ekstrak tersebut.

Kajian yang dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit tersebut dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

bersambung...................................................................

Friday, 25 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 1)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh








Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack ialah herba yang biasa didapati dihutan belentara, Nausantara berdekatan lereng pergunungan.Namanya yang dikaitkan dengan lelaki tampan yang berdarah pahlawan sememangnya memberi erti mukjizatnya yang terselindung,iaitu membantu kesihatan, kesejahteraan dan semangat kelelakian saperti tongkat yang membantu mengangkat mereka yang lemah.

Pohon ini dikenali sebagai penawar pahit kerana ianya amat pahit dan mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.Ia juga dikenali sebagai pasak bumi kerana akarumbinya yang  berjelar lurus kedalam bumi dan kukuh dan amat sukar untuk dicabut.Terdapat beberapa spesis Tongkat Ali, tapi spesis yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesis  Longifolia dan Apiculata.Mengikut Professor Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesis Tongkat ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutamasekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesis yang terdapat diIndonesia atau Negara Asia yang lain.Ini mengikut beliau ada kaitan dengan khasioat yang terdapat dalam bumi Semenanjung Malaysia.Khasiat perubatan Tongkat ali terkandung dengan banyak dalam akarumbinya.Ia mengandungi pelbagai alkaloid yang mujarab sebagai penawar untuk demam kura(Malaria), penawar penyakit alahan (allergy), mencegah demam,mengandungi elemen nyah kanser, mengandungi (SOD)Superoxide dismutase yang berfungsi sebagai antioxidant, anti rheumatik(mengurangkan kesakitan otot dan sendi akibat rheumatik),fungsi aphrodisiac atau ubat perangsang shaywat dan  ubat melewatkan proses penuaan.Oleh kerana ianya pahit,kadangkala ia digunakan sebagai bahan perisa untuk kopi dan minuman pahit.Jadi kandungannya dalam kopi atau teh ialah semata mata untuk perisa dan tiada apa apa khasiat yang lain kerana jika kandungannya lebih memang tidak dapat meminumnya kerana ia teramat pahit!

Pada zaman melayu purba, kikisan akar Tongkat Ali biasa digunakan sebagai campuran dalam teh atau kopi dan minuman ini biasa diamalkan oleh orang Nausantara dan Melayu untuk tenaga, keselesaan dan kesegaran.Pendatang dari Negara barat saperti orang Inggeris dan Portugese mula memberi perhatian tentang herba itu apabila mereka mula mengkaji perubatan tradisional melayu.Koleksi maklumat yang mereka cuba membukukan banyak mengupas pelbagai herba yang penuh mukjizat yang mana Tongkat ali mendapat perhatian.Ini membuatkan herba Tongkat ali terkenal sebagai herba yang dapat membantu memantapkan kesejahteraan kaum lelaki.



bersambung...............................................................................................

Saturday, 19 March 2011

Articles on the Science & Technology behind Tongkat Ali

  1. “Efficacy of the ‘Malaysian Ginseng’, US Patented, Standardised Water Soluble Extract of Eurycoma longifolia jack in Managing Idiopathic Male Infertility”, 9th International Congress of Andrology, March 7-10, 2009, Barcelona, Spain. read more..
  2. “Nutrients and Botanicals for optimizing Men's Health. Examining the evidence for Eurycoma longifolia jack, the Malaysian Ginseng in men's health”, Asian Journal of Andrology, Vol. 11, No. 5 (Supplement), October 2009. read more..
  3. “Standardized Water-soluble Extract Of Eurycoma Longifolia (LJ100) Maintains Healthy Aging In Man”, The Aging Male, the Official Journal of the International Society for the Study of the Aging Male, Vol.9, No.1, March 2006. read more..
      4.    Our Patent Specification in United States and European. click here to view...

Perihal Produk NUPREP


WATER SOLUBLE EXTRACT
nu-Prep® contains 100% pure - soluble extract of Tongkat Ali.
nu-Prep® contains No sawdust grounded roots or other parts of the plant.
nu-Prep®Tongkat Ali freeze-dried extracts are powdered and encapsulated to ensure the biologically active components' therapeutic values are maintained.
The strict quality control in all stages of production including during raw material procurement guarantees that the nu-Prep® Tongkat Ali extract preparation is a product of highest quality. Each capsule contains standardized quantity of active components, which have been formulated based on intensive dose-response studies. Scientific findings show that water-soluble extract of Tongkat Ali is very safe for consumption unlike those produced using non-aqueous solvents and powdered preparations. When consumed as directed, nu-Prep® Tongkat Ali water-soluble extract enhances vigor and vitality and helps overcome lethargy. It contributes to an overall sense of well-being by enabling the body to enhance its endogenous testosterone production, increasing blood circulation, rate of metabolism and hence invigorating endurance. Increase in stamina and physical endurance after continuous consumption of nu-Prep® Tongkat Ali is one of the MANY and Notable demonstrated efficacies. It is a non-stimulant. nu-Prep® is highly recommended for adult men.

Friday, 18 March 2011

Sijil Kelulusan Dari Pihak KKM







                   Sijil KKM yang dikeluarkan untuk produk NUPREP100








                      Sijil KKM yang dikeluarkan untuk produk    NUPREP75

Jadilah Pengguna yang Bijak - Perkara Yang ANDA Perlu Tahu


1.   JAKIM ( HALAL )
03 – 8315 0200 / www_halal@islam.gov.my

Contoh kelulusan :
MS 1500 : 2004  1067-08/2004

2.   KELULUSAN MAL ( Kem.Kesihatan Malaysia / KKM ) Biro Pengawasan Farmaseutical Kebangsaan
www.bpfk@gov.my
               Contoh kelulusan : MAL08031394T


3.   FOMCA. Pusat Aduan Pengguna Nasional ( NCCC )
03 - 7877 9000 / www.nccc.org.my

“Dari FOMCA, dinasihat mengambil produk yang telah melalui ujian dilakukan oleh PAKAR.”
Contoh :
Kebenaran kebaikan pada pengguna dengan dos-dos seperti mana terbukti melalui ujian. ( berkriteria WHO ujian keracunan pada haiwan, ujian awal pada manusia & hasil ujian klinikal ) yang pasti ia adalah suatu produk yang SELAMAT. ( tiada ciri-ciri penipuan / perkara tidak jelas ). KINI kebanyakan produk dipasaran ‘menipu’ dengan proses yang tidak terjamin selamat, dos yang TIDAK PASTI & tiada kajian langsung yang menyokong kebenaran produk tersebut.

4.   HASIL KAJIAN yang dilakukan tercatat pada ‘Journal’ antarabangsa. ( khasiat / manfaat / kebaikan produk kepada pengguna dapat memberi tenaga pada badan kita dan sebagainya )

Contoh :
Seperti Journal - Asean Journal of Andrology ( Volume 11, Supplement 1, October 2009 ) dan atau America Society of Andrology  

Sila nilai ia dari kedudukan kemajuan sains & ummah. ( selain kesihatan memudahkan / ibadah )


5.   TIADA BAHAN TERLARANG. Status sijil analisa  DOPING CONTROL CENTRE ( DCC )
“ WORLD ANTI-DOPING AGENCY’S ” ( WADA )
04 – 6595 605 / dcc@usm.com

Contoh :
Selain sijil bahan yang dihasilkan tidak mempunyai bahan logam atau asenik atau dan sebagainya. Arus teknologi kini telah berjaya menghasilkan peratus ( %) setiap bioaktif / kandungannya.
( kandungan produk yang tidak langsung memberi kebaikan sebaliknya KEBURUKAN )

Sijil-sijil ini penting, mewakili produk tersebut maka ia memberi suatu gambaran produk tersebut adalah selamat ( tidak akan ada “WAS-WAS” atau tidak yakin & tidak mempunyai sebarang kandungan “DADAH” )

PERBEZAAN PENTING, terasa bertenaga peningkatan peratus hormone membantu dan terbukti apabila di uji adakah ia terkandung bahan terlarang – JAWAPANNYA TIADA. Jika ahli sukan itu didapati kandungan pada air kencing adalah bahan terlarang – maka gelaran akan ditarik & tindakan disiplin atau di gantung ( mengikut akta yang di tetapkan )

COAs biasa & kelebihan sijil yang tidak dipunyai oleh kebanyakan kilang atau pengeluar bahan – melalui proses masing-masing dan lebih TEPAT LAGI IA  TIDAK BERTANGGUNGJAWAB pada  setiap pengguna.

6.    SIRIM. 03 – 55446000
Proses di patenkan contoh US Patent : US 7,132, 117 B2 & Europe Patent : EP 1,313, 491 B1

Contoh :
Sebarang kebenaran paten boleh di periksa secara langsung. ( sertakan rujukan paten tersebut )

Hak cipta / harta intelek. (melibatkan kos yang tinggi, masa yang lama & pengorbanan para cendiakawan / penyelidik , doktor / institusi berkaitan dari negara kita )

7.    Persatuan Pengguna Islam Malaysia. ( PPIM )

Tindakan bersepadu antara Kementerian Kesihatan, Jabatan kimia, pihak berkuasa tempatan ( PBT ) & Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Pengguna perlu ditingkatkan bgi memerangi penjualan produk TIRUAN YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN.

8.    Laporan polis ( atau berniat untuk tindakan seterusnya atau dan – tindakan undang-undang untuk menyaman pihak berkenaan ) DAN LAPORKAN KEPADA BIRO BANTUAN PEGUAM.

9.   Pastikan Kuasa Pengguna ANDA,
SILA DAIL 81008666800

Yang pasti – Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna ( TTP)



Thursday, 17 March 2011

Ubat HERBA kaki lima merbahaya

P/S : Pastikan produk yang anda guna atau pakai mendapat kelulusan daripada KKM..........

KOSMO! – Sabtu 12 Mac 2011

ALOR SETAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh degan ubat-ubatan herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi disebabkan amalan pemakanan termasuklah penggunaan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebenarnya dalam ubat herba dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tetapi tanpa kita sedari ubat itu penyebab sakit buah pinggang. “Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba – herba yang dijual kerana akan mendatangkan penyakit, ada ubat – ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat negeri Kedah di sini semalam. Selain itu, katanya cara hidup masyarakat juga mendorong pada sakit buah pinggang. “Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis dan secara tidak lansung turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung,” kata Marzukhi 

Beliau berkata terdapat di antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun akibat masalah buah pinggng. “Kita jangkakan 10 peratus daripada penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup,” katanya. – Bernama