Tuesday 12 April 2011

Tongkat Ali bukan sekadar rangsang seks (Bhgn Akhir)

Bagi memastikan keberkesanan Tongkat Ali, Prof Azimahtol Hawariah terlebih dulu menjalankan kajian terhadap tikus yang mana dengan memberikan dos tertentu ekstrak Tongkat Ali tikus jantan didapati mengejar tikus betina dan ini membuktikan Tongkat Ali memberi kesan kepada rangsangan seks.

Dalam menjalankan kajian ini Prof Azimahtol Hawariah menggunakan ekstrak Tongkat Ali yang diperoleh melalui satu proses membabitkan air. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan bagaimana proses pengekstrakan itu dilaksanakan kerana sedang dalam proses mempatenkannya. Ekstrak yang dihasilkan berupaya merangsang testes bagi menghasilkan hormon testesteron dan dihidrotesteron. Selain itu ia juga meningkatkan bilangan atau konsentrasi sperma di samping kesuburan.

Prof Azimahtol Hawariah berkata, dalam kajian yang dijalankan terhadap tikus, peningkatan dihidrotesteron dalam serum tikus merangsang peningkatan nitrik oksid yang mengatur tahap cGMP dan cAMP. Ini membolehkan berlakunya satu proses yang menyebabkan ereksi berlaku.  Apa yang lebih memberangsangkan ialah ia tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang sedia menghidap penyakit seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi atau kencing manis. Katanya, oleh kerana Tongkat Ali adalah bahan semula jadi maka ia adalah lebih baik dan dengan pengambilan yang berterusan bahan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang berlibido rendah.

Ini kerana, nilai yang dimilikinya membantu mereka yang menghidap penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan libido seksual seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Bagi memudahkan pengambilan ekstrak ini Prof Azimahtol menyediakannya dalam bentuk pil dan cecair. Bagaimanapun katanya kos menghasilkan ekstrak ini agak mahal kerana ia menggunakan banyak akar Tongkat Ali.
Dalam hal ini Prof Azimahtol Hawariah berkata, beliau tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan akar Tongkat Ali kerana banyak pihak yang bersedia untuk membekalkannya. Apa pun, walaupun kos menghasilkan sebiji pil Tongkat Ali dikatakan mahal oleh Prof Azimahtol Hawariah tetapi jika dibandingkan dengan beberapa pil mengatasi masalah libido yang ada di pasaran ia adalah jauh lebih murah.

Apa yang jelas, dengan kajian yang dijalankan Prof Azimahtol Hawariah membuktikan akar tumbuhan Hutan Hujan Tropika ini sememangnya berkesan dan mampu menjadi penyelesaian kepada mereka yang menghadapi masalah libido seksual rendah.

No comments:

Post a Comment