Monday, 4 July 2011

Soalan - Soalan dari Pengunjung Blog Kepada Dr Ismail Tambi

Soalan : Untuk pengetahuan Doktor, saya bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin. Yang merisaukan saya ialah tidak lama lagi saya akan menunaikan umrah tanpa membawa isteri. Saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan air mani daripada keluar sepanjang saya di Tanah Suci kelak. Harap Doktor dapat membantu.

Jawapan Soalan:
Anda telah mengkategorikan diri anda sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin.Anda bukan seorang sahaja yang berada dalam kategori ini.Lagi pun mimpi basah( pengeluaran air mani dalam tidur ) itu perkara semulajadi dan ia tidak akan merosakkan ibadah anda ketika diMekah jika anda mandi hadas besar sebelum memunaikan apa apa ibadah disana.Saya tidak galakkan anda makan apa apa ubat untuk menahan atau mengurangkan pengeluaran air mani tu kerana proses itu normal dan bukan penyakit.Yang mustahak ialah anda jangan was was untuk melakukan ibadah Umrah.Inshaallah dengan niat yang baik anda lakukan ibadah, anda tidak akan mengalami apa apa kerumitan hendaknya.

Soalan : Doktor, baru-baru ini saya dapati alat kelamin saya tumbuh biji-biji kecil seperti jerawat. Saya memicitnya untuk mengeluarkan nanah. Akibatnya, jerawat tersebut menjadi seperti kudis. Untuk menyembuhkannya, saya sapukan calamine lotion kerana malu untuk ke klinik. Adakah betul tindakan saya ini? Adakah hal ini memudaratkan alat kelamin saya? 

Jawapan Soalan:
Kulit kerandut buah zakar dan juga kulit pangkal zakar jenis kulit yang mengandungi pepundi yang menghasilkan pelembap semulajadi 'sebum' yang mana jika salur pundi itu terkandas maka biji bijian saperti jerawat akan timbul. Jarang jerawat terjadi disitu kecuali jika kulit bahagian itu radang akibat digaru atau buluroma di cukur.Saperti jerawat muka, jika ia dikutis atau dipicit, dah tentu akan menjadi kudis, sama juga dengan 'jerawat' dibahagian anggota kelamin. Anda perlu elak dari memicit jerawat.Malah jika anda terasa gatal dibahagian itu, anda perlu gunakan krim pelembap untuk mengelakkan kekeringan kulit yang sebenarnya punca kegetalan.Bulu roma dibahagian itu boleh ditrim dan jika nak cukur, perlu mengunakan sabun pencukur dan pisau cukur yang cukup tajam.Anda boleh gunakan loysen Calamine untuk mengurangkan kegatalan.Calamine tidak sesuai untuk digunakan kepada kudis.Anda boleh gunakan krim antiseptik.Jika kudis tidak kering atau merebak, elok anda jumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Soalan - Soalan dari Pengunjung Blog Kepada Dr Ismail Tambi

Soalan : Dr.Ismail, Saya ingin tahu tentang ubat atau makanan untuk menambah kuantiti air mani.

Jawapan Soalan:

Isipadu air mani yang keluar ketika lelaki klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki itu amat mantap dengan kemasukkan darah yang banyak dalam pundi prostat, pundi Cowpers dan pundi Seminal dan membuatkan organ tersebut menghasilkan cairan yang banyak.Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, lagi kurang pengeluaran air mani, walaupun dia amat teruja.Jadi tidak hairan jika lama tak bersama, perasaan teruja ketara dan penghasilan air mani banyak dan sebaliknya jika kerap bersama.Tentang umur pula, pengaruh hormon testosterone memainkan peranan.Apabila tahap hormon testosterone menurun, rangsangan kepada pundi pundi tadi akan kurang dan air mani pun kurang.Apabila tahap hormon testosterone mantap, maka rangsangan ketara dan pengeluaran air mani meningkat.Walaubagaimana pun ada banyak perkara yang menpengaruhi penghasilan air mani yang banyak, termasuk makanan dan suplemen.Anda boleh baca senarai dibawah ni.Lelaki menghasilkan antara 2-6 ml air mani setiap kali dia pancut.Jika pancutan dilakukan kerap, isi padu air mani yang keluar boleh sekurang kepada 1/2 ml atau beberapa titik!Sesetengah makanan boleh meningkatkan amoun air mani yang dihasilkan lelaki.

Air mustahak dan jika kurang isi padi air mani pun akan kurang.Jadi mustahak untuk minum air yang mencukupi sekurang kurang 4 liter sehari!Daging mengandungi pelbagai nutrien untuk produksi air mani.Ikan Tuna(Ikan Tongkol), ayam dan daging merah mengandungi asid amino saperti L-arginine dan L-carnitine yang mustahak untuk sperma.Tiram dan makanan laut mengandungi zinc yang mustahak untuk penghasilan air mani dan keaktifan sperma.Kekacang juga mengandungi banyak zakar galian zinc dan selenium dan bagus dimakan secara regular.Jadi tidak hairan jika orang arab amat suka makan kekacang!Bijrin juga mustahak dan bijrin saperti 'oatmeal' dan 'granola' mengandungi banyak asid amino L-arginine dan L-carnitine.Termasuk juga zat galian zinc.Buah buahan dan sayuran saperti buah buahan citrus,bayam, brocoli,bendi dan asparagus mengandungi asid folate yang mempengaruhi isipadu air mani.Sama juga dengan buah buahan tempatan saperti semangka dan betik yang mengandungi banyak antioxiden yang mempengaruhi kualiti sperma.Pendekkata semua buah buahan dan sayuran menyumbang kepada isipadu dan kesihatan air mani dan kandungan air mani.Herba saperti extrak akar Tongkat ali ( NU-PREP 100 )didapati membantu menambah isipadu air mani dan mengikut kajian saintifik yang pernah dilakukan oleh kumpulan pakar tempatan.Anda boleh amalkan kesemua makanan dan suplemen yang diketengahkan disini untuk menambah isipadu air mani, baik untuk lelaki muda atau pun yang tua.