Tuesday, 12 April 2011

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali (Bhgn 1)

Utusan Malaysia
ARKIB : 17/07/2009
Oleh LAUPA JUNUS
Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?''

Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba. Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya. Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan. Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah. ''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik. Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya. Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman. Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan. ''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya. Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.

Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit. Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan. Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu. Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna. Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya. bersambung....


1 comment:

  1. Saya cadangkan anda teruskan melakukan pemeriksaan dengan doktor dan ikut nasihatnya. Jika mahu mencuba makanan tambahan untuk memantapkan fertiliti, saya syorkan asid folate (dapat membantu memantapkan kualiti sperma) dan zinc (mengukukkan struktur sperma) atau NU-PREP 100 (extrak standard Tongkat Ali) yang diuji kaji dan dapat meningkatkan isi padu sperma, meningkatkan bilangan sperma dan keaktifan sperma...Berdasarkn pada penjelasan Doktor Sakit Tuan
    Dr. Ismail Thamby jawab Hadapi masalah kesihatan berkaitan perkara sulit? Hantar masalah anda kepada
    Pengelola Ruangan Sakit Tuan,Metro Ahad, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur atau e-mel kepada sakittuan@hmetro.com.my ...Dengan itu saya rasa pengambilan apa-apa produk yang di syorkn oleh doktor boleh menyakinkan pengguna yang hanya pada mulanya tertarik dengan retorik iklan semata-mata...Salam..

    ReplyDelete