Saturday 2 April 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian Akhir)

Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
Klinik Sejahtera Lelaki
Damai Service Hospital Jalan Ipoh

Kajian klinikal yang komprehensif tentang kesan ekstrak premium itu kepada 20 lelaki mendapati ekstrak itu tidak memberi apa apa kesan negatif kepada profil darah, tidak memberi kesan negatif kepada buah pinggang dan hati dan meningkatkan tahap hormon testosterone, DHEAS dan mengoptimumkan hormon tiroxin dan hormon ketumbesaran IGF-1.Akstrak ini juga dapat meningkatkan tahap kolesterol baik dalam darah dan tidak member apa apa kesan kepada tekanan darah atau urat saraf walau pun diambil dengan dos yang tinggi.

Kajian susulan yang dilakukan di USA oleh Professor Talbott kepada atlit penunggang bisikal mendapati ekstrak tersebut dapat menambahkan testosterone sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormone stress iaitu cortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam juga.Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosterone dan mengurangkan tekanan badan.


Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berumur yang mengambil 200mg ekstrak tersebut.mereka rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon ketumbesaran dan testosterone serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot setelah melakukan senaman berkayuh itu cepat.

Kajian yang dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium tersebut mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%. 

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedical sedang dijalankan kepada akstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri para pengamalnya yang sudah sedia maklum yang Tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa di war-warkan oleh tukang ubat tradisional, tapi ia lebih dari itu, iaitu memantapkan kesihatan,mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikkan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar benar suatu mukjizat untuk lelaki.

Habis..//./././././.

 
 

1 comment:

  1. Hahhaha…. yg beli tu semua “DI BELI” oleh org tertentu(pr) kononya duit hasi jualan lELONG. org yg beli hanya PROXY sajasebenarnya duit sebenar adalah datang dari sumber kewangan Amerika & Israel! Majlis Lelong hanya utk mengHALALkan duit tersebut. kerana isu JET MEWAH BAS MEWAH. itulah cara pengubalan wang haram BNM sila checking!

    ReplyDelete