Saturday 26 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 2)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh
 
Kajian awal yang mengunakan akstrak larutan alcohol dan chloroform didapati amat toxic tapi mujarab untuk menangani masalah kesihatan saperti deman kura dan jangkitan kuman dan virus.Kesan toxic kepada hati dan buah pinggang membuatkan akstrak tersebut tidak sesuai untuk kegunaan manusia.Akstrak larutan air pula didapati selamat apabila prosesnya diubahsuai untuk mengeluarkan bahan toxic.

Kajian awal kepada tikus menunjukkan yang ekstrak larutan air Tongkat Ali yang mengandungi elemen glycoprotein dapat meningkatkan hormone Testosterone 4 kali ganda.Kajian kepada tikus tua dengan ekstrak Tongkat ali larutan air membuatkan tikus tua aktif dan gresif. Ekstrak ini tiada kesan toksid kepada hati dan buah pinggang dan kajian klinikal kepada manusia dijalankan pada penghujung 1999 dibeberapa buah Pusat Pengkajian Perubatan tempatan dan antarabangsa dan hasil dari kajian tersebut akstrak Tongkat ali larutan air yang telah menjalani pelbagai proses piawayan kini telah mendapat iktraf patent pada 2004(US patent:US2004/0087493 A1) dan kini produk IP ini dikilangkan oleh Phytes Bioteks Sdn.Bhd oleh Syarikat Biotropics Malaysia dengan jenama NU-PREP,NU-PREP 75 dan NU-PREP 100


Menyusuli kajian Biomedikal dan Medikal yang pernah dilakukan kepada ekstrak tersebut, hanya ekstrak ini sahaja yang telah menjalani pelbagai ujian dan penyelidikan yang komprehensif yang membuatkannya ekstrak Tongkat ali yang premium.Beberapa kajian yang ‘landmark’ yang pernah dijalankan kepada ekstrak ini ialah seperti berikut:

Kajian awal mengunakan tisu buah zakar manusia yang dikultur dengan ekstrak tersebut mendapati peningkatan testosterone dan androsteinedione( androgen saperti testosterone) ketahap tiga kali ganda normal.Tiada peningkatan tahap dihidrotestosterone( ada kaitan dengan kejadian kanser kelenjar prostat). Penemuan ini seolah olah membuka jalan untuk kajian klinikal kepada manusia dilakukan tanpa was was.

Kajian klinikal yang seterusnya dijalankan disebuah Pusat Latihan Sukan di Kansas, USA dengan 10 orang penunggang bisikal mendapati yang tahap hormone testosterone meningkat dengan pengambilan 200 mg ekstrak tersebut.

Kajian yang dilakukan di Fakulti Perubatan Bahagian Sains Sukan dengan sekumpulan atlit yang mengambil 200mg ekstrak yang sama juga menunjukkan yang atlit tersebut dapat membina kekuatan tenaga otot dan penurunan lemak badan yang mana kedua duanya ada kaitkan dengan kesan androgen.

bersambung...................................................................

No comments:

Post a Comment