Friday 11 March 2011

FRIM Perhebat Industri HERBA


Oleh : Laupa Junus
Utusan Malaysia (Sisipan Mega) – Isnin 7 Mac 2011

“Kami di FRIM mahukan supaya sains diterjemahkan kepada (bahan) yang boleh dikomersialkan.” Demikian ucapan ringkas Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abdul Latif Mohmod  apabila ditanya mengenai keazamannya untuk meneruskan legasi kejayaan institusi tersebut.

Beliau berkata, catatan sejarah kejayaan FRIM dalam kejayaan herba atau hasilan semula jadi bermula sejak 1890-an lagi berdasarkan kepada kerja-kerja awal pentadbir Brirtish. Bagaimanapun, disebabkan banyak data diperolehi berdasarkan pandangan daripada kampung tidak tepat mendorong pihaknya membuat pencirian terbaru.

Ringkasnya, FRIM adalah perintis kepada usaha memanfaatkan herba sesuai dengan peranannya memanfaatkan semula jadi dalam hutan. Selepas 1994, usaha tersebut semakin diperhebatkan dan hasilnya FRIM berjaya mengenal pasti hampir 2000 spesis hutan yang berjaya dicirikan morfologinya

Daripada itu, kerja-kerja penyelidikan ke atas 200 ekstrak telah dilaksanakan manakala Pusat Teknologi Herba (HTC) memperoleh status GMP pada 2007. Beliau berkongsi kejayaan FRIM apabila mengadakan kerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) Amerika Syarikat untuk menghasilkan Kapsul Tongkat Ali pada awal 1990-an

Malah, Tongkat Ali yang dianggap mempelopori kejayaan industri herba tempatan amat popular selain disifatkan lebih hebat berbanding viagra dan ginseng ketika itu. Dengan catatan sejarah gemilang itu, FRIM kata beliau, mengambil beberapa pendekatan dalam usaha menjadikan industri herba lebih diberi nilai tambah.

Sebagai contoh, antara pendekatanya ialah memperkenalkan usaha penanaman secara besar-besaran daripada hutan ke ladang dalam bentuk tanaman atas tanah atau kultur tisu. Int termasuk herba berdaun seperti Kacip Fatimah dan Misai Kucing. “Bagi yang berasaskan akar seperti Tongkat Ali, penggunaan bioreactor diperlukan untuk menggandakan sebatian aktif dari sumber berkenaan”ujarnya.

Pada masa yang sama, FRIM mahu orag ramai memperoleh manafaat daripada hasil penemuan saintis institusi tersebut. Ini secara tidak lansung menyemarakkan industri kampung apabila petani dapat menanam tanaman herba dan menghasilkan produk. Beliau menambah, makmal FRIM juga menempa sejarah baru apabila diberi status BioNexus oleh Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) pada tahun lepas. Ini memberi kejayaan terbaru kepada agensi berkenaan kerana mendapat pengiktirafan sebagai sumber rujukan. Namun bagi Abd. Latif, apa yang beliau mahukan ialah tagline FRIM berubah kepada menghasilkan produk berkualiti dan dapat dipasarkan ke luar negara. 

Mengenai usaha ini, beliau berkongsi kejayaan produk Nu-Prep itu dihasilkan oleh syarikat Phytes Biotech Sdn. Bhd. iaitu syarikat terbitan (spin-off) daripada program Malaysia – Massachusetts Institute of Technology Biotechnology Partnership programme (MMBPP) yang diasaskan oleh bekas Pengarah Bahagian Tumbuhan Ubatan FRIM. Allahyarham Dr. Azizol Abdul Kadir.

Produk Tongkat Ali itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Amerika Syarikat, Jepun dan Korea. Kini syarikat tersebut telah diambilalih oleh Biotropics Malaysia Sdn. Bhd. Dengan simpanan 200 ekstrak, 30 daripadanya boleh diketengahkan, maka sudah tentu pengusaha boleh memanfaatkannya. Daripada 200 ini, kita mahu menghasilkan lebih banyak produk, kata beliau.

Pada masa sama, FRIM kata beliau akan bekerjasama dengan sebuah kolej perbuatan di Melaka untuk menggunakan ekstrak piawai tersebut sebagai bahan ujian klinikal pesakit. 


No comments:

Post a Comment