Thursday 17 March 2011

Ubat HERBA kaki lima merbahaya

P/S : Pastikan produk yang anda guna atau pakai mendapat kelulusan daripada KKM..........

KOSMO! – Sabtu 12 Mac 2011

ALOR SETAR – Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh degan ubat-ubatan herba yang dijual di pasar atau kaki lima kerana dikhuatiri mengandungi racun yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, penyakit buah pinggang bukan terjadi dengan sendiri tetapi disebabkan amalan pemakanan termasuklah penggunaan ubat herba yang dijual tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sebenarnya dalam ubat herba dijual itu mempunyai banyak racun yang kita tidak tahu, mungkin kita selesa makan ubat itu, tetapi tanpa kita sedari ubat itu penyebab sakit buah pinggang. “Masyarakat jangan terlalu mudah terpengaruh dengan herba – herba yang dijual kerana akan mendatangkan penyakit, ada ubat – ubat herba itu berdaftar dengan KKM tetapi tidak mendapat kelulusan KKM, itupun perlu diambil berat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jalan Sihat Hari Buah Pinggang Sedunia 2011 peringkat negeri Kedah di sini semalam. Selain itu, katanya cara hidup masyarakat juga mendorong pada sakit buah pinggang. “Cara pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan mereka mendapat kencing manis dan secara tidak lansung turut melibatkan sakit buah pinggang dan jantung,” kata Marzukhi 

Beliau berkata terdapat di antara 3,000 hingga 4,000 pesakit baru yang menjalani dialisis setiap tahun akibat masalah buah pinggng. “Kita jangkakan 10 peratus daripada penduduk di Malaysia mengalami sakit buah pinggang. Jadi, saya seru kepada masyarakat supaya menjalani cara hidup sihat untuk kesejahteraan hidup,” katanya. – Bernama 

No comments:

Post a Comment