Wednesday 2 March 2011

Hanya Ekstrak Akar Tongkat Ali Berkesan

Petaling Jaya 28 Mac 2010
Pengguna diminta hanya mengambil produk tongkat ali yang hanya mengandungi ekstrak akarnya kerana bahan aktif utama tumbuhan tersebut terkumpul pada bahagian tersebut
Pakar Perunding Seksual dan Kesihatan Reproduktif Profesor Emeritus Dr. Mohd Ismail Tambi memberitahu, penggunaan bahagian lain pokok tongkat ali oleh pihak pengeluar produk tertentu tidak memberi sebarang manafaat kepada tubuh.

Menurutnya, pengambilan ekstrak akar tongkat ali dengan piawaian tertentu juga menjadi keutamaan bagi pengguna yang ingin menikmati manafaatnya kerana kandungan bahan aktif mengikut standard khusus akan memberi kesan baik kepada tubuh manusia,” katanya.

“Sebahagian produk ada sedikit (ekstrak akar tongkat ali) sementara yang lain hanya menambah habuk daripada tumbuhan itu dan bukannya ekstrak bahan aktif yang memberi kesan kesihatan tubuh manusia. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk “Mengoptimum Kesihatan Lelaki Secara Semulajadi” anjuran Nu Prep iaitu produk keluaran Biotropics Malaysia Berhad di sini hari ini. Tambahnya, jenis tongkat ali yang digunakan juga penting memandangkan tongkat ali hitam (eurycoma apiculata) mengandungi banyak bahan toksik sementara tongkat ali putih (eurycoma longifolia) lebih mudah diproses untuk mendapatkan ekstrak bahan aktifnya.

 Menurutnya, selain kesihatan seksual tongkat ali terbukti mempunyai manafaat untuk alahan, darah tinggi, awert muda(antioksida), antimalaria, antibakteria, antivirus, demam, ulser, sakit otot, membantu pengawalan diabetes dan pelbagai manafaat yang lain. “Namun, ekstrak tongkat ali hanya satu produk makanan tambahan dan tidak boleh menggantikan pengambilan ubat dari doktor,” ujarnya. Jelasnya, kajian mengenai nilai dan manafaat tongkat ali juga berterusan dan semakin diterima dunia seperti di Jepun dan Amerika Syarikat. Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna menjalani pemeriksaan kesihatan terutama tahap kesihatan hati sebelum mengambil produk berasaskan tongkat ali bagi mengelakkan sebarang komplikasi terhadap organ tersebut.

No comments:

Post a Comment