Friday 25 March 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian 1)

Oleh : Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
           Klinik Sejahtera Lelaki, Damai Service Hospital, Jalan Ipoh








Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifolia jack ialah herba yang biasa didapati dihutan belentara, Nausantara berdekatan lereng pergunungan.Namanya yang dikaitkan dengan lelaki tampan yang berdarah pahlawan sememangnya memberi erti mukjizatnya yang terselindung,iaitu membantu kesihatan, kesejahteraan dan semangat kelelakian saperti tongkat yang membantu mengangkat mereka yang lemah.

Pohon ini dikenali sebagai penawar pahit kerana ianya amat pahit dan mujarab untuk pelbagai masalah kesihatan dan penyakit.Ia juga dikenali sebagai pasak bumi kerana akarumbinya yang  berjelar lurus kedalam bumi dan kukuh dan amat sukar untuk dicabut.Terdapat beberapa spesis Tongkat Ali, tapi spesis yang mengandungi banyak ramuan perubatan ialah dari spesis  Longifolia dan Apiculata.Mengikut Professor Arif Adimoleja dari Universiti Surabaya, Indonesia, spesis Tongkat ali dari Semenanjung Malaysia mengandungi lebih banyak ramuan kesihatan, terutamasekali ramuan yang membantu tenaga batin lelaki jika dibandingkan dengan spesis yang terdapat diIndonesia atau Negara Asia yang lain.Ini mengikut beliau ada kaitan dengan khasioat yang terdapat dalam bumi Semenanjung Malaysia.Khasiat perubatan Tongkat ali terkandung dengan banyak dalam akarumbinya.Ia mengandungi pelbagai alkaloid yang mujarab sebagai penawar untuk demam kura(Malaria), penawar penyakit alahan (allergy), mencegah demam,mengandungi elemen nyah kanser, mengandungi (SOD)Superoxide dismutase yang berfungsi sebagai antioxidant, anti rheumatik(mengurangkan kesakitan otot dan sendi akibat rheumatik),fungsi aphrodisiac atau ubat perangsang shaywat dan  ubat melewatkan proses penuaan.Oleh kerana ianya pahit,kadangkala ia digunakan sebagai bahan perisa untuk kopi dan minuman pahit.Jadi kandungannya dalam kopi atau teh ialah semata mata untuk perisa dan tiada apa apa khasiat yang lain kerana jika kandungannya lebih memang tidak dapat meminumnya kerana ia teramat pahit!

Pada zaman melayu purba, kikisan akar Tongkat Ali biasa digunakan sebagai campuran dalam teh atau kopi dan minuman ini biasa diamalkan oleh orang Nausantara dan Melayu untuk tenaga, keselesaan dan kesegaran.Pendatang dari Negara barat saperti orang Inggeris dan Portugese mula memberi perhatian tentang herba itu apabila mereka mula mengkaji perubatan tradisional melayu.Koleksi maklumat yang mereka cuba membukukan banyak mengupas pelbagai herba yang penuh mukjizat yang mana Tongkat ali mendapat perhatian.Ini membuatkan herba Tongkat ali terkenal sebagai herba yang dapat membantu memantapkan kesejahteraan kaum lelaki.



bersambung...............................................................................................

No comments:

Post a Comment