Monday 4 July 2011

Soalan - Soalan dari Pengunjung Blog Kepada Dr Ismail Tambi

Soalan : Untuk pengetahuan Doktor, saya bolehlah dikategorikan sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin. Yang merisaukan saya ialah tidak lama lagi saya akan menunaikan umrah tanpa membawa isteri. Saya ingin tahu bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan air mani daripada keluar sepanjang saya di Tanah Suci kelak. Harap Doktor dapat membantu.

Jawapan Soalan:
Anda telah mengkategorikan diri anda sebagai seorang yang aktif melakukan hubungan kelamin.Anda bukan seorang sahaja yang berada dalam kategori ini.Lagi pun mimpi basah( pengeluaran air mani dalam tidur ) itu perkara semulajadi dan ia tidak akan merosakkan ibadah anda ketika diMekah jika anda mandi hadas besar sebelum memunaikan apa apa ibadah disana.Saya tidak galakkan anda makan apa apa ubat untuk menahan atau mengurangkan pengeluaran air mani tu kerana proses itu normal dan bukan penyakit.Yang mustahak ialah anda jangan was was untuk melakukan ibadah Umrah.Inshaallah dengan niat yang baik anda lakukan ibadah, anda tidak akan mengalami apa apa kerumitan hendaknya.

Soalan : Doktor, baru-baru ini saya dapati alat kelamin saya tumbuh biji-biji kecil seperti jerawat. Saya memicitnya untuk mengeluarkan nanah. Akibatnya, jerawat tersebut menjadi seperti kudis. Untuk menyembuhkannya, saya sapukan calamine lotion kerana malu untuk ke klinik. Adakah betul tindakan saya ini? Adakah hal ini memudaratkan alat kelamin saya? 

Jawapan Soalan:
Kulit kerandut buah zakar dan juga kulit pangkal zakar jenis kulit yang mengandungi pepundi yang menghasilkan pelembap semulajadi 'sebum' yang mana jika salur pundi itu terkandas maka biji bijian saperti jerawat akan timbul. Jarang jerawat terjadi disitu kecuali jika kulit bahagian itu radang akibat digaru atau buluroma di cukur.Saperti jerawat muka, jika ia dikutis atau dipicit, dah tentu akan menjadi kudis, sama juga dengan 'jerawat' dibahagian anggota kelamin. Anda perlu elak dari memicit jerawat.Malah jika anda terasa gatal dibahagian itu, anda perlu gunakan krim pelembap untuk mengelakkan kekeringan kulit yang sebenarnya punca kegetalan.Bulu roma dibahagian itu boleh ditrim dan jika nak cukur, perlu mengunakan sabun pencukur dan pisau cukur yang cukup tajam.Anda boleh gunakan loysen Calamine untuk mengurangkan kegatalan.Calamine tidak sesuai untuk digunakan kepada kudis.Anda boleh gunakan krim antiseptik.Jika kudis tidak kering atau merebak, elok anda jumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

No comments:

Post a Comment