Saturday 3 September 2011

UBAT TIRUAN KIAN BERLELUASA

KOSMO : Sabtu 3 September 2011
Oleh: Junhairi  Alyasa


Kuala Lumpur – Senario penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar atau tiruan di pasaran cukup membimbangkan pengguna negara ini. Buktinya sepanjang tahun lalu Kementerian Kesihatan merampas sebanyak 12,408 ubat tersebut dengan nilai hampir RM20 Juta. Antara ubat – ubatan itu ialah pelansing badan, peransang seks, pemutih kulit serta beberapa ubat berjenama palsu termasuk ubat demam, batuk dan minyak angin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman menjelaskan, jumlah rampasan itu merupakan yang tertinggi sejak dua tahun kebelakangan ini ekoran permintaan daripada pengguna, sikap peniaga yang tidak bertanggungjawab selain sendiket terancang. “ Kita dapati kewujudan ubat seperti ini juga disebabkan oleh pengaruh gaya hidup orang ramai, contohnya mahu kurus dengan cepat serta mempunyai kekuatan seks tanpa memikirkan kesan sampingan,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru – baru ini.

Beliau berkata, ubat – ubat haram itu diragui dari segi kualiti dan keselamatan kepada pengguna dan dihasilkan menerusi pengilangan haram yang tersembunyi, tidak bersih, tiada kawalan mutu termasuk terdedah kepada pencemaran kuman dan logam berat. “Ubat yang mengandungi logam berat dan benda asing yang tinggi boleh mendatangkan penyakit seperti kerosakan organ dan gangguan sistem saraf,” ujar beliau.

Hasan turut mendedahkan tentang taktik terkini pengeluar minuman kesihatan mencampurkan bahan racun terkawal seperti sildenafil, tadalafil, verdanafil, sibuttramine. “Tujuan pengeluar untuk menipu orang ramai mengatakan produk mereka benar – benar berkesan dengan menggunakan bahan – bahan yang didakwa sebagai herba. Beliau menjelaskan terdapat empat cara utama bagi pengguna mengenal pasti produk terbabit tulen atau tiruan.

“Pertama mereka boleh menyemak nombor pendaftaran contohnya MAL20091564T pada ubat tradisional dan kedua menerusi label hologram meditag dan setiap kedai turut dibekalkan dengan alat dekoder supaya pengguna boleh semak sendiri ubat tersebut. Kaedah yang ketiga ialah dengan menyemak nombor pendaftaran di www.bpfk.gov.my secara dalam talian dan kaedah keempat dengan membeli di premis serta farmasi berlesen atau melalui pemeriksaan doktor di klinik,” jelas beliau.    

No comments:

Post a Comment