Tuesday 16 August 2011

Tips Kesihatan

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dari menterinya selalu menasihatkan kearah kebaikan seperti ” Mari  kepada kehidupan sihat”. Utamakan pemakanan berkhasiat, jangan abai amalan senaman. Kita perlu memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya mereka lebih proaktif dan mengawal kesihatan diri sendiri – iaitu isu mengenai penyakit kronik, yang berkaitan dengan amalan hidup sihat seperti kencing manis, obesiti dan penyakit jantung, yang amat bergantung pada cara tindakan yang kita lakukan. Anda mungkin anggap tiada apa yang baru mengenai mesej ini, tetapi ingatlah kehidupan yang sihat tidak perlukan perubahan radikal, sebaliknya hanya akal fikiran. Oleh yang demikian, saya harap dapat menberikan ingatan kepada anda semua dari semasa ke semasa supaya anda berhenti sejenak dan fikirkanlah apa jua perubatan kecil yang dapat anda lakukan. Contohi tabiat sihat yang boleh memanfaatkan kehidupan kita. Jika anda bersetuju dengan perkara ini, marilah kita semua sukakan kehidupan yang sihat, dan kita boleh ambil langkah bersama yang akan membawa kepada manafaat yang lebih besar. Kebenaran panduan dan nasihat dari pakar berkaitan, sealiran seperti Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) seperti pada seminar kesihatan yang kerap dinyatakan pendedahan dari pakar / konsultan kami iaitu Professor Emeritus Dr Mohd Ismail Mohd.Tambi ( Klinik Sejahtera Lelaki) seperti :-
 
Cara Hidup Sihat  iaitu  ‘Makanan Yang Berkhasiat, Berhenti Sebelum
Kenyang ( BSK ), 
Beriadah Bersama Keluarga atau kerapkan senaman,
Tiada Rokok, Arak, Dadah dan Zina
 ( TRADZ ).

No comments:

Post a Comment