Tuesday 12 April 2011

Tongkat Ali bukan sekadar rangsang seks (Bhgn Akhir)

Bagi memastikan keberkesanan Tongkat Ali, Prof Azimahtol Hawariah terlebih dulu menjalankan kajian terhadap tikus yang mana dengan memberikan dos tertentu ekstrak Tongkat Ali tikus jantan didapati mengejar tikus betina dan ini membuktikan Tongkat Ali memberi kesan kepada rangsangan seks.

Dalam menjalankan kajian ini Prof Azimahtol Hawariah menggunakan ekstrak Tongkat Ali yang diperoleh melalui satu proses membabitkan air. Bagaimanapun, beliau enggan menjelaskan bagaimana proses pengekstrakan itu dilaksanakan kerana sedang dalam proses mempatenkannya. Ekstrak yang dihasilkan berupaya merangsang testes bagi menghasilkan hormon testesteron dan dihidrotesteron. Selain itu ia juga meningkatkan bilangan atau konsentrasi sperma di samping kesuburan.

Prof Azimahtol Hawariah berkata, dalam kajian yang dijalankan terhadap tikus, peningkatan dihidrotesteron dalam serum tikus merangsang peningkatan nitrik oksid yang mengatur tahap cGMP dan cAMP. Ini membolehkan berlakunya satu proses yang menyebabkan ereksi berlaku.  Apa yang lebih memberangsangkan ialah ia tidak mendatangkan masalah kepada mereka yang sedia menghidap penyakit seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi atau kencing manis. Katanya, oleh kerana Tongkat Ali adalah bahan semula jadi maka ia adalah lebih baik dan dengan pengambilan yang berterusan bahan ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka yang berlibido rendah.

Ini kerana, nilai yang dimilikinya membantu mereka yang menghidap penyakit-penyakit yang boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan libido seksual seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis. Bagi memudahkan pengambilan ekstrak ini Prof Azimahtol menyediakannya dalam bentuk pil dan cecair. Bagaimanapun katanya kos menghasilkan ekstrak ini agak mahal kerana ia menggunakan banyak akar Tongkat Ali.
Dalam hal ini Prof Azimahtol Hawariah berkata, beliau tidak menghadapi masalah dalam mendapatkan bekalan akar Tongkat Ali kerana banyak pihak yang bersedia untuk membekalkannya. Apa pun, walaupun kos menghasilkan sebiji pil Tongkat Ali dikatakan mahal oleh Prof Azimahtol Hawariah tetapi jika dibandingkan dengan beberapa pil mengatasi masalah libido yang ada di pasaran ia adalah jauh lebih murah.

Apa yang jelas, dengan kajian yang dijalankan Prof Azimahtol Hawariah membuktikan akar tumbuhan Hutan Hujan Tropika ini sememangnya berkesan dan mampu menjadi penyelesaian kepada mereka yang menghadapi masalah libido seksual rendah.

Tongkat Ali bukan sekadar rangsang seks (Bhgn 1)

Berita Harian (18 Julai 2004)
SEBUT saja Tongkat Ali (eurycoma longifolia Jack), ramai akan mengaitkan dengan tumbuhan yang dipercayai mampu memberi kecergasan dan menambah tenaga selain memberi kesembuhan dan melegakan pelbagai masalah kesihatan. Namun kerana ramai lebih gemar mengaitkan Tongkat Ali dengan rangsangan tenaga batin, maka ini menjadikan tumbuhan ini lebih sinonim kepada perkara berkaitan seks sedangkan khasiatnya bukan semata-mata untuk itu.

Sungguhpun begitu, walaupun khasiat Tongkat Ali diakui namun tidak ada satu kaedah tetap yang diketahui dalam penyediaan bahan ini untuk membolehkan mereka yang mengambilnya mendapat nilai perubatan yang maksimum. Pensyarah di Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Azimahtol Hawariah Lope Pihie, berkata selama ini khasiat Tongkat Ali diperoleh dengan melakukan proses merebus akarnya.

Bagaimanapun, tidak ada formula tetap mengenainya seperti nisbah air dengan akar Tongkat Ali yang diperlukan untuk menghasilkan rebusan, berapa lama rebusan perlu dilakukan juga sebanyak mana air yang perlu tinggal selepas rebusan dibuat, katanya. Kebanyakan pengamal perubatan tradisional melakukannya berdasarkan pengalaman dan juga ilmu perubatan tradisi yang dimiliki yang menjadikan ia berbeza antara satu pengamal dengan yang lain. Sungguhpun khasiat Tongkat Ali banyak diperkatakan, namun timbul juga pertanyaan adakah tumbuhan ini benar-benar mempunyai potensi; dalam urusan yang berkaitan dengan hormon lelaki seperti testesteron.

Inilah yang cuba dibuktikan Prof Azimahtol Hawariah dalam kajiannya bertajuk Phytopharmaceutical product from Eurycoma longifolia: A hormonal therapy for low libido ini men. Kajian ini sudah beberapa kali dibentangkan dan yang terbaru di International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products di Geneva dan membolehkan Prof Azimahtol mendapat pingat perak.

“Daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati sememangnya Tongkat Ali mampu meningkatkan rangsangan seks kepada seseorang, tetapi apa yang lebih penting ia juga mampu mengatasi masalah ereksi,” katanya dalam temubual baru-baru ini. Apa pun katanya, keinginan saja tanpa diterjemahkan kepada reaksi tidak ada makna dan inilah kelebihan yang ada pada Tongkat Ali kerana Tongkat Ali meningkatkan penghasilan hormon testesteron. Katanya, apa yang lebih menarik mengenai Tongkat Ali ialah ia bukan sekadar meningkatkan keinginan tetapi juga mampu membantu mereka yang menghadapi masalah libido seksual rendah.
Prof Azimahtol Hawariah berkata, daya rangsangan yang rendah di kalangan lelaki disebabkan rendahnya hormon testesteron yang disebabkan oleh masalah pada testis dan juga kelenjar pituitary di otak, juga masalah fizikal yang membawa kepada kegagalan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi serta masalah ejakulasi dan ketidakupayaan mencapai syahwat. “Sebenarnya, kajian saya sebelum ini lebih banyak berkisar kepada keberkesanan herba dalam merawat masalah kanser dan kajian ini adalah kesinambungan daripada kajian-kajian sebelum ini yang mana Tongkat Ali juga adalah sebahagian daripada herba yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional,” jelasnya

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali (Bhgn Akhir)

Eurikomanon yang merupakan sebatian utama (major) telah dipilih sebagai sebatian penanda untuk akar tongkat ali. Peratus pemulangan pengekstrakan eurikomanon daripada akuas ekstrak akar tongkat ali adalah tidak kurang daripada 1.7 peratus. Terkini, FRIM telah menawarkan perkhidmatan teknikal kepada industri farmaseutikal, nutraseutikal dan makanan, untuk penilaian kualiti ekstrak dan produk tongkat ali. Penentuan kualiti juga dapat dihasilkan dengan teknologi sensor bau dan rasa yang telah digunakan sebagai peralatan penjanaan finger-printing untuk aktiviti pempiawaian tumbuhan ubatan, ekstrak dan herba produk.
Dengan adanya penanda kimia tersebut, ia sebagai 'cap cari' tongkat ali yang mengesahkan kehadirannya dalam mana-mana campuran pun. Ditanya mengenai kegilaan golongan lelaki yang minum tongkat ali untuk menambah tenaga terutama untuk tujuan seks, beliau berkata, kajian mengenainya telah dibuktikan tetapi biasanya pada dos yang disyorkan. ''Pengguna sihat secara umumnya hanya memerlukan 100 miligram sehari sahaja," ujar Rasadah.
Katanya, memang benar ada kajian mengenai kandungannya yang dikenali sebagai kesan apphrodisiac tetapi kesannya bergantung kepada dos. Kajian kimia mendapati kewujudan sebatian aktif seperti eurikomanon, eurikomalakton dan eurikomanol (qussinoids) yang banyak di dalam akar. Sebatian ini telah dikenal pasti berkeupayaan untuk meningkatkan penghasilan hormon testosterone (androgenic) yang diperlukan dalam fungsi kelelakian. Sebatian yang menyebabkan aktiviti tersebut telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan sebagai produk nutraseutikal atau farmaseutikal untuk rawatan masalah hormon dan kesuburan.
Apa yang penting dalam pengambilan tersebut, dos penggunaan perlu diambil kira kerana ada kemungkinan ia mengundang risiko kepada pengguna. Hasil kajian juga mendapati bahawa tongkat ali mempunyai sebatian aktif anti malaria dan anti kanser tetapi kajian lanjut mengenai tumbuhan herba tersebut masih dijalankan. Ditanya mengenai bahagian mana pada pokok tersebut yang paling banyak sebatian bioaktif, Rasadah berkata, khasiatnya banyak tersimpan di bahagian akar selain daun dan batang. Orang Melayu kata beliau hanya mengetahui rahsia khasiat pada 1990-an dan ketika itu mereka menggunakannya dengan merebus bahagian yang dikatakan mempunyai banyak khasiat.
Dengan kata lain, apa yang dilakukan oleh saintis hari ini ialah untuk membuktikan atau mengesahkan apa yang telah dilakukan oleh orang terdahulu. Pembuktian secara saintifik itu perlu bagi menguji keberkesanan, kualiti dan keselamatannya. Malah FRIM telah menawarkan perkhidmatan memproses kepada industri herba dalam penghasilan produk daripada tongkat ali menerusi kilang Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Pusat teknologi Herba (HTC) FRIM di Kepong. Namun katanya, apa yang membimbangkan ialah kecenderungan segelintir pihak yang suka mencampurkan tongkat ali dengan bahan lain untuk menambah khasiat sesautu formulasi herba tersebut ''Kita tidak tahu apakah bahan-bahan yang dicampurkan ini bertindak balas sesama sendiri dan menimbulkan risiko lain," katanya.

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali (Bhgn 2)

Beliau berkata, menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi memang semakin menjadi trend di peringkat global disebabkan kecenderungan manusia kini untuk melakukan pencegahan penyakit berbanding rawatan, khususnya herba.  Dalam hal ini, Malaysia mempunyai kelebihan kerana memiliki kekayaan hutan atau biodiversiti yang boleh dimanfaatkan. Bagaimanapun, menjadi cabaran saintis Malaysia untuk menjalankan lebih banyak penyelidikan mengenai khasiat tumbuhan herba dan peruntukan untuk tujuan tersebut perlu ditambah.
Satu lagi masalah yang timbul ialah perbuatan pengilang yang mencampurkan banyak jenis herba dalam satu jenis produk dengan mendakwa yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit. ''Adakah ini telah dibuktikan secara saintifik atau hanya ilmu tradisional sedangkan kajian mengenainya perlu dilakukan terlebih dahulu," ujar Ramlan. Perbuatan untuk mengkomersialkannya secara melulu ini ibarat menculik ilmu yang sepatutnya dipelajari terlebih dahulu.
Satu lagi penyelidikan yang perlu diperhebatkan ialah menghasilkan sebatian piawai yang boleh dijadikan rujukan dalam menghasilkan produk tongkat ali dan kacip fatimah pada masa akan datang. Berdasarkan kajian kata Ramlan, tongkat ali mempunyai banyak khasiat antaranya meningkatkan hormon lelaki dan dikatakan mampu membantu menguruskan badan.

Khasiat tongkat ali

Khasiat ini disokong oleh satu kajian di Amerika Syarikat. Justeru, pada mana-mana produk, ia sepatutnya sama kemujarabannya walaupun diambil daripada pokok herba tertentu dari sumber yang menggunakan ekstrak piawai yang berlainan. Sementara itu, salah sebuah institusi penyelidikan yang terlibat dalam kerja-kerja makmal mencari khasiat tongkat ali ialah FRIM.Tongkat ali (Eurycoma longifolia) adalah dari famili Simaroubaceae telah digunakan secara tradisional oleh kaum Melayu di Malaysia sejak dahulu lagi.
Ia digunakan secara tradisional sebagai agen penggalak seks (apphrodiasiac) dan untuk meningkatkan kesihatan badan. Penyelidikan tersebut dijalankan di bawah projek utama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu Program Perkongsian Bioteknologi Malaysia-Institut Teknologi Massachusetts (MIT). Menurut Pengarah Kanan Bahagian Tumbuhan Perubatan FRIM, Dr Rasadah Mat Ali, penyelidikan tersebut bermula pada 1999 yang mana pihaknya terlibat mengkaji bahan kimia dan juga genetik tumbuhan tersebut.
"Hasil kajian kita mendapati penanda kimia tongkat ali sejenis bahan di namakan eurikomanon dan juga sebatian aktif," katanya. Pelbagai sebatian kimia dalam tongkat ali telah diasingkan dan dikenalpasti. Pencirian dan penentuan struktur sebatian kimia tersebut dilakukan menerusi kaedah spektroskopi. Beberapa sebatian kimia telah dipilih sebagai sebatian penanda ekstrak tongkat ali. Sebatian penanda tersebut berperanan penting untuk memastikan identiti, integriti dan kualiti serta keseragaman produk yang berasaskan tongkat ali. bersambung.....

Antara khasiat dan mudarat tongkat ali (Bhgn 1)

Utusan Malaysia
ARKIB : 17/07/2009
Oleh LAUPA JUNUS
Orang Malaysia cepat terpengaruh ingin cantik cepat, ingin langsing, kuat tenaga dan ingin cepat kaya dan seterusnya tertipu dengan gimik iklan atau produk yang ditawarkan. Kenapa?''

Itu soalan yang dilontarkan oleh Pengarah Loji Pepandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Ramlan Aziz yang ditanya mengenai obsesi rakyat negara kita terutama orang Melayu dengan produk prosesan hasilan herba. Orang Melayu kata beliau, cepat terpengaruh dengan gimik iklan pelaris jualan yang menunjukkan kehebatan produk tertentu tanpa meneliti terlebih dahulu akan kebenarannya. Pengguna juga mudah dan cepat mendapat hasil diingini tanpa mengira kesan sampingan produk yang mereka gunakan. Beliau yang ditanya mengenai khasiat tongkat ali dan kacip fatimah untuk meningkatkan kehebatan dan tenaga berkata, kajian menunjukkan memang produk berasaskan tumbuhan tersebut mempunyai kesan positif tetapi ada pihak mengambil kesempatan mengkomersialkannya dengan cara yang salah. ''Saya tidak nafikan ada kajian mengesahkan khasiat kedua-dua herba popular itu, malangnya ia menjadi momokan dan permainan gimik. Malah katanya, beliau kagum dengan orang terdahulu yang berjaya menemui khasiat produk tersebut sedangkan belum ada kecanggihan peralatan ketika itu untuk meneroka khasiatnya.

Namun kini, ada dua persoalan besar yang menjadi masalah pokok iaitu sama ada produk berasaskan tongkat ali dan kacip fatimah diproses dengan cara yang betul untuk menjadikannya minuman bertenaga dan kedua, adakah produk tersebut mencapai tahap minimum kandungan sebenarnya. Katanya, cara memproses, boleh menimbulkan persoalan kerana ada pihak mungkin hanya mengisar tongkat ali berkenaan untuk dicampurkan dalam minuman. Sedangkan katanya, cara terbaik ialah mengekstraknya terlebih dahulu secara kimia dan ditulenkan kerana ini cara betul untuk menjadikannya satu ramuan. ''Jika kita kisar sahaja, ia ibarat memasukkan habuk kayu dalam minuman dan ini membahayakan tubuh pengguna,'' katanya. Malah orang Melayu kata beliau, boleh pupus jika menggunakan produk yang memudaratkan kerana ia boleh merosakkan organ peranakan.

Persoalan kedua, ialah adakah kandungan tongkat ali atau kacip fatimah tersebut mencukupi untuk melayakkannya digelar minuman daripada tongkat ali sedangkan kuantitinya sangat sedikit. Kajian awal oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malayusia (FRIM) menunjukkan kandungan tongkat ali dalam kopi campuran adalah jauh daripada dos minuman yang memberi manfaat kepada kesihatan. Malah, ada jenama yang gagal dikesan kandungan tongkat ali dalam produk berkenaan. Justeru beliau mahu agensi berkaitan, mengambil langkah perlu untuk menetapkan peraturan supaya jumlah minimum tertentu diperlukan bagi mengesahkan minuman tersebut memang mengandungi tongkat ali sebagai contoh dan mana-mana pihak yang tidak mematuhinya dianggap penipu. Lebih mendukacitakan, sesetengah syarikat menggunakan testimoni untuk mengesahkan kehebatan produk mereka dan inilah yang mengundangkan minat pengguna. Beliau berkata, trend ini semakin menjadi-jadi apatah lagi terdapat tawaran tertentu untuk menjadikan penggunanya kaya. bersambung....


Saturday 2 April 2011

Mukjizat Bergelar Tongkat Ali (Bahagian Akhir)

Professor Emeritus Dr.Mohd Ismail Tambi.
Klinik Sejahtera Lelaki
Damai Service Hospital Jalan Ipoh

Kajian klinikal yang komprehensif tentang kesan ekstrak premium itu kepada 20 lelaki mendapati ekstrak itu tidak memberi apa apa kesan negatif kepada profil darah, tidak memberi kesan negatif kepada buah pinggang dan hati dan meningkatkan tahap hormon testosterone, DHEAS dan mengoptimumkan hormon tiroxin dan hormon ketumbesaran IGF-1.Akstrak ini juga dapat meningkatkan tahap kolesterol baik dalam darah dan tidak member apa apa kesan kepada tekanan darah atau urat saraf walau pun diambil dengan dos yang tinggi.

Kajian susulan yang dilakukan di USA oleh Professor Talbott kepada atlit penunggang bisikal mendapati ekstrak tersebut dapat menambahkan testosterone sebanyak 16.5% dalam masa 24 jam dan mengurangkan tahap hormone stress iaitu cortisol sebanyak 33% dalam masa 24 jam juga.Kajian ini jelas menunjukkan kemujaraban ekstrak premium ini meningkatkan testosterone dan mengurangkan tekanan badan.


Kajian yang sama yang dijalankan oleh Professor Ruxiang Wang diLioning, China kepada beberapa atlit berumur yang mengambil 200mg ekstrak tersebut.mereka rasa diri mereka lebih aktif dan agresif dengan peningkatan tahap hormon ketumbesaran dan testosterone serta mereka dapati proses pemulihan lenguh otot setelah melakukan senaman berkayuh itu cepat.

Kajian yang dilakukan kepada lelaki yang mengalami masalah sperma dengan pengambilan ekstrak premium tersebut mendapati peningkatan kepada bilangan dan keaktifan sperma dengan sekali gus peningkatan kualiti sperma yang dapat menghasilkan kehamilan spontan sebanyak 17%. 

Banyak lagi kajian klinikal dan biomedical sedang dijalankan kepada akstrak tongkat ali premium ini untuk meningkatkan lagi keyakinan diri para pengamalnya yang sudah sedia maklum yang Tongkat ali ini bukan sekadar memantapkan fungsi syahwat lelaki yang biasa di war-warkan oleh tukang ubat tradisional, tapi ia lebih dari itu, iaitu memantapkan kesihatan,mengurangkan tekanan, mempunyai kebaikkan untuk kesuburan lelaki serta memantapkan kesejahteraan lelaki. Ia benar benar suatu mukjizat untuk lelaki.

Habis..//./././././.